Nihon Misuri beri pendedahan budaya Jepun kepada pelajar

Iklan
Untitled design (76)
Pada bulan ini, negara menyambut ulang tahun ke-40 Dasar Pandang Ke Timur (LEP) dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan antara Jepun dan Malaysia.Sambutan itu untuk mengeratkan hubungan dua hala dan memperkenalkan budaya kerja rakyat Jepun serta kepakaran teknologinya demi pembangunan negara.Melihat kepada kepentingan penerapan budaya dari negara matahari terbit itu, Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Festival Nihon Misuri Japan yang berlangsung di ruang legar Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM.[caption id="attachment_50311" width="400"] Dr Nurmizan.[/caption]Menurut pensyarah, Pusat Pengajian Ekonomi Perbankan dan Kewangan UUM merangkap Ahli Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas festival itu, Dr Nurmizan Bakar, tujuan utama penganjuran festival untuk memberi pendedahan kepada pelajar UUM kelainan dan keunikan budaya Jepun.Katanya, budaya positif daripada masyarakat negara tersebut dapat dijadikan contoh kepada pelajar dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan supaya dapat menjadikan masa depan negara yang lebih baik.Bukan itu sahaja, pelajar turut diberi peluang merasai sendiri pengalaman memakai pakaian tradisional rakyat Jepun dan bermain permainan yang dibawa khas dari The Japan Foundation Kuala Lumpur."Festival ini adalah kerjasama antara The Japan Foundation Kuala Lumpur dan Japanese Language and Cultural Club UUM."Ia turut menjemput beberapa pelajar sekolah rendah dan menengah yang berdekatan dengan UUM untuk hadir ke festival ini.," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari baru-baru ini.Jelas Dr Nurmizan lagi, walaupun festival ini julung kali diadakan namun kemeriahan dapat dirasai dengan kehadiran bukan sahaja pelajar UUM malah pelajar dari sekolah-sekolah sekitar UUM.Tambah beliau, festival ini akan diteruskan pada tahun akan datang.Artikel berkaitanUUM jalin kerjasama dengan kerajaan negeri Kedah tangani isu keciciran pelajarUUM, Sinar Bestari jayakan program ONCEPelajar UUM luah rasa syukur dan gembira terima PerantiSiswa

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok