Isu Palestin bukanlah isu yang baru bagi seluruh dunia.
Di Malaysia, isu Palestin telah pun disuarakan oleh pelbagai pihak. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga lantang bersuara tentang isu ini.
Saya mewakili Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Anwar atas usaha beliau menyelasikan konflik Palestin ini.
Pelajar juga memainkan peranan di media sosial dengan menyuarakan sokongan, melakukan boikot dan juga blockout.
Sebagai pelajar di institusi pendidikan tinggi, kami memiliki tanggungjawab moral untuk menyokong solidariti dengan rakyat Palestin yang terus berjuang untuk hak asasi manusia dan keadilan.
Konflik berterusan di Palestin telah mencipta penderitaan yang berlarutan dan kami sebagai generasi masa depan, perlu bangun bersama menyuarakan sokongan buat mereka.
Keadaan di Palestin bukanlah perkara yang jauh atau tidak berkaitan dengan kita. Ia adalah isu global yang melibatkan hak asasi manusia, keadilan dan keamanan dunia.
Dengan menyertai Perhimpunan Solidariti Palestin yang akan dianjurkan di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing selepas solat Jumaat, kami mengambil langkah proaktif menunjukkan kebimbangan kami terhadap keadaan mereka dan menyuarakan keperihatinan terhadap penderitaan yang dialami penduduk Palestin setiap hari.
Melalui perhimpunan itu, rakyat Malaysia khasnya mahasiswa berpeluang mempelajari dengan lebih mendalam tentang isu-isu berkaitan konflik di Palestin, termasuk hak asasi manusia yang dilanggar, penindasan dihadapi rakyat Palestin dan cara dunia membantu secara aktif menyokong mereka.
Kami juga dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan pelajar yang berkongsi hasrat yang sama untuk membantu Palestin.
Sokongan kami kepada Palestin bukanlah sekadar kata-kata kosong. Ia tindakan nyata untuk mengubah dunia menjadi tempat yang lebih adil dan sejahtera bagi semua orang.
Dengan menyertai Perhimpunan Solidariti Palestin, komitmen untuk bersama-sama berjuang untuk keadilan dan kebebasan bagi rakyat Palestin.
Jadi, mari kita Bersatu IPTA dan IPTS dalam Perhimpunan Solidariti Palestin, memperkuat suara dan bersama-sama membawa perubahan positif bagi mereka yang memerlukan sokongan kami.
Masa depan Palestin bergantung pada kita semua dan dengan bersatu, kita dapat mencipta perubahan yang bererti!
Maklumat Penulis
Naib Presiden (IPTS) Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK), Aliff Malique Bin Abdul Malek
Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.