Taylor’s Distinguished Public Lecture buka minda perspektif global

Iklan
Taylor's University Distinguished Public Lecture akan diteruskan, menampilkan pakar dan ilmuwan berperingkat antarabangsa bagi mengadakan perkongsian holistik serta bermakna berkenaan isu masa depan dunia kita.

Taylor’s University julung kalinya menganjurkan Taylor’s Distinguished Public Lecture, sebuah program wacana transformatif menghubungkan perspektif global dengan isu tempatan, Jumaat lalu.

Program bersiri itu merupakan platform pembelajaran yang bermakna, memupuk inovasi dan menyumbang kepada kebaikan masyarakat dari segi sosial, budaya serta ekonomi.

Iklan
Iklan

Objektif itu dicapai dengan jayanya melalui jemputan pakar antarabangsa bagi mengemukakan pendapat dan buah fikiran mereka mengenai hal ehwal semasa.

Timbalan Pro-Canselor Taylor’s University, Profesor Ong Kian Ming berharap agar program itu menjadi medium perbincangan dan perkongsian pandangan bernilai tentang cabaran dunia yang dihadapi seperti perubahan iklim, ketegangan geopolitik dan digitalisasi.

Iklan

"Menghadapi cabaran ini adalah sejajar dengan tema akademik universiti iaitu ‘Health and Active Living, Education and Future Work, Sustainably Societies, and Creative Futures,” ujar beliau.

Wacana yang diadakan di Taylor’s Lakeside Campus itu dihadiri seramai 150 penonton, termasuk ahli komuniti diplomatik, ahli akademik, pelajar dan orang awam.

Iklan

Turut hadir pada program itu ialah Pesuruhjaya Tinggi Singapura, Vanu Gopala Menon; Duta Belgium, Peter Van Acker; Duta Norway, Morten Paulsen; Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh, Mohammad Khorshed Alam Khastagir; Kaunselor Menteri, Ketua Hal Ehwal Politik, Akhbar dan Informasi European Union (EU) Timo Goosmann; Setiausaha Kedutaan Bangladesh, Rehana Parvin; dan Hakim Mahkamah Persekutuan Malaysia, Datuk Vazeer Alam Mydin.

Kishore menyampaikan ucaptama 'US-China Tensions: Can Southeast Asia Emerge as Winners?' sempena perasmian Taylor’s Distinguished Public Lecture.

Penceramah yang diundang pada kali ini ialah bekas Diplomat Singapura, Kishore Mahbunani, menyampaikan ucaptama bertajuk"US-China Tensions: Can Southeast Asia Emerge as Winners?”

Kishore mengutarakan landskap geopolitik yang semakin berubah, persaingan antarabanga antara China dan Amerika Syarikat (AS), dan peranan Asia Tenggara dalam mengekalkan hubungan diplomatik seimbang dengan dua kuasa besar tersebut.

"ASEAN kini berada dalam keadaan yang strategik untuk bergerak maju di dunia ‘multi-civilisational’, ‘multi-polar’ dan ‘multilateral’ ini.

"Kepelbagaian yang diamalkan di negara-negara Asia Tenggara ini boleh dijadikan sebagai teladan bagi menghadapi cabaran global, dan Asia Tenggara boleh menjadi pengantara penting menghubungkan AS dengan China,” kata beliau.

Program itu juga melancarkan memoir Kishore terbaru berjudul ‘Living the Asian Century: An Undiplomatic Memoir’, mengisahkan perjalanan hidup dan kerjaya beliau sebagai seorang diplomat Singapura.

Kishore melancarkan memoir 'Living the Asian Century' di Taylor's Lakeside Campus.

Selepas itu, acara perbincangan panel tentang langkah yang boleh diambil oleh negara-negara Asia Tenggara bagi menghadapi ketegangan geopolitik diadakan sebagai penerangan jelas dan lebih terperinci berkenaan isu tersebut.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial, Claudia, menghargai kehadiran Kishore yang sangat berpengalaman dalam hubungan antarabangsa untuk memberi pandangan beliau tentang persaingan antara Amerika Syarikat dan China.

"Apa yang diujarkan semasa ucapan beliau memberi perspektif baru tentang isu yang diketengahkan dan pandangan optimistik terhadap fungsi institusi antarabangsa,” katanya.

Pelajar antarabangsa Taylor’s University yang berasal dari Sudan, Salma berkata, walaupun negaranya tidak terlibat secara langsung dalam konflik itu, perkara ini tidak boleh diambil ringan dan harus diselesaikan secara efisien.

"Sekiranya konflik antara China dan Amerika Syarikat mencetuskan peperangan, ia akan memberi kesan drastik kepada negara sekitarnya,” tambahnya.

Pelajar jurusan Ekonomi Universiti Malaya (UM), Krishan menyatakan kepentingan keseimbangan hubungan diplomatik dengan China dan Amerika Syarikat.

"Walaupun China dan Amerika Syarikat adalah rakan perdagangan penting, pada masa sama kita haruslah memastikan kepentingan dan keperluan negara kita diutamakan,” katanya.