Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi pelajar bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) dan Fakulti Pendidikan dan Pengajian Sukan (FPPS) menghasilkan modul Pembelajaran dan Pemudacaraan (PdPC) Sains Awal.
Ia berkonsepkan Agromakanan Edu-Pelancongan yang direka untuk menggalakkan kanak-kanak prasekolah meneroka, belajar dan memahami pengertian subjek itu melalui aktiviti berinteraktif serta menyeronokkan.
Dekan FPPS, Profesor Madya Dr Soon Singh Bikar Singh berkata, program tersebut diharapkan dapat menjadi platform bagi PAKK untuk membina hubungan industri agar dapat mewujudkan pengalaman pembelajaran sebenar.
Menurutnya, dengan memanfaatkan sumber semula jadi dan persekitaran yang ada di negeri di bawah bayu, pihaknya juga berupaya menyediakan pengalaman pembelajaran unik dan relevan kepada mahasiswa.
"Ini juga sejajar dengan visi FPPS untuk mempromosikan pembelajaran berasaskan pengalaman.
"Seterusnya, ia akan menggalakkan perwujudan sudut pendidikan awal di lokasi tarikan pelancong.
"Pihak kami menyokong usaha yang dilakukan Pensyarah Program PAKK, Dr Nur Suhaidah Sukor dan berharap ia dapat memperkasa bidang tersebut di UMS,” katanya.
Selain itu, Nur Suhaidah berkata, aktiviti dalam kursus berkenaan juga mengintegrasikan unsur-unsur pembelajaran praktikal dengan suasana persekitaran yang sebenar sambil memupuk minat pelajar terhadap bidang tersebut.
Ujarnya, matlamat penghasilan modul tersebut bagi menyokong SDG-2 iaitu mencapai keselamatan makanan dan menggalakkan pertanian mampan serta SDG-4 yang merupakan pembangunan awal kanak-kanak berkualiti.
"Inisiatif ini juga bertujuan memberikan pengalaman pembelajaran kepada para pelajar PAKK UMS untuk melaksanakan PdPC Sains Awal di lokasi tarikan pelancong, seperti di Muzium Akuarium UMS dan Kundasang Aquafarm.
"Kami percaya bahawa pembelajaran secara hands-on adalah cara terbaik untuk kanak-kanak memahami konsep sains awal dengan lebih baik. Melalui modul ini, kami berharap dapat menanamkan sifat ingin tahu dan semangat eksplorasi dalam diri mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Program, Sumiraa Amir berkata, modul yang dihasilkan tersebut untuk mengaplikasikan pengetahuan teoretikal pengajaran dalam situasi sebenar.
Katanya, pelaksanaan program berkenaan memanfaatkan pihaknya dalam suasana pembelajaran sebenar untuk menarik minat murid-murid prasekolah terhadap tunjang Sains Awal.
"Ini adalah pengalaman pembelajaran yang tidak ternilai untuk kami.
"Antara aktiviti berkonsepkan agromakanan atau edu-pelancongan yang dijalankan adalah pengenalan dan ciri-ciri haiwan akuatik, penjagaan kebersihan laut, pemeliharaan habitat haiwan akuatik, penyemaian biji benih serta pengenalan teknik hidroponik dan akuaponik,” katanya lagi.