'Sukan riadah ke persada dunia'

Iklan
Fardiana Erdina (gambar kecil: bawah) mewakili Malaysia ke peringkat antarabangsa dalam sukan Frisbee manakala pasukan Frisbee Amirah Athirah (gambar kecil: atas) johan perlawanan terbuka peringkat universiti.

Sukan frisbee antara riadah yang santai dan seronok dimain bersama rakan-rakan pada waktu petang di padang kolej.

Fardiana Edrina Mohammad Shaari, 24, tidak menyangka aktiviti petang ketika diploma di Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Pasir Gudang itu, mendapat perhatian senior kerana dirinya mempunyai potensi untuk bermain frisbee.

Iklan
Iklan

Kemudian, dia menyertai kelab frisbee All Ultimate Roar (AUR) iaitu antara yang terbaik di negara ini ketika melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam.

"Mungkin senior nampak saya ada potensi untuk bermain secara kompetitif dan mempunyai permainan yang berintensiti tinggi.

Iklan

"Bakat saya juga dikenal pasti oleh jurulatih Malaysia sekali gus dapat mewakili Malaysia ke Thailand Invitational Open dan World Ultimate Championship di Gold Coast, Australia,” katanya secara eksklusif bersama Sinar Bestari.

Fardiana Edrina yang melanjutkan pelajaran dalam bidang Kejuruteraan Elektrik berkata, perbezaan tahap pengalaman dan fizikal lawan, terutama pasukan dari negara lebih maju dalam sukan frisbee seperti Jepun, Australia serta Amerika Syarikat antara cabaran utama yang perlu ditanganinya.

Iklan

Ia kerana pemain-pemain negara berkenaan lebih agresif, kuat dan mempunyai pemahaman taktikal yang mendalam.

"Cabaran lain ialah menyesuaikan diri dengan gaya permainan mereka dan mengurus tekanan ketika bertanding di peringkat antarabangsa,” katanya.

Permainan Frisbee memerlukan tahap kesukanan yang kuat.

Apabila pernah mewakili Malaysia dalam sukan itu, Fardiana Edrina memaklumkan bahawa latihan dilakukan sekurang-kurangnya empat kali seminggu merangkumi latihan teknikal dan fizikal.

Latihan teknikal seperti lemparan, tangkapan dan strategi manakala fizikal merangkumi larian, kekuatan serta daya tahan.

"Untuk membahagikan masa antara latihan dan pelajaran, disiplin sangat penting.

"Saya perlu merancang jadual dengan baik, menggunakan masa dengan efisien dan memastikan keseimbangan antara akademik dan sukan.

"Saya akan pastikan dalam kelas saya memberi 100 peratus perhatian supaya saya faham dengan mudah.

"Tidak lupa juga sokongan daripada rakan- rakan kelas juga amat membantu bagi memastikan saya tidak ketinggalan kerja kursus yang diberikan,” katanya.

Johan perlawanan terbuka universiti

Sementara itu, kesungguhan dan semangat kesukanan yang tinggi menjadi tunjang utama kejayaan pasukan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Starbust dalam perlawan terbuka, Skybound Ultimate Championship.

Perlawanan berkenaan menghimpunkan pasukan universiti lain dan turut terbuka kepada mana-mana kelab Frisbee untuk menyertainya.

Tiada pengadil diperlukan dalam permainan frisbee.

Secara tidak langsung, perlawanan tersebut menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam arena sukan negara.

Naib Presiden UKM Starburst Ultimate Frisbee, Amirah Athirah Khairul Anuar berkata, pasukannya banyak menyertai pertandingan terbuka cakera terbang dalam peringkat universiti.

Secara tidak langsung, pemain dapat melatih diri sama ada fizikal dan mental untuk menyertai mana-mana pertandingan terbuka di luar peringkat universiti.

"UKM Starbust pernah juara dalam perlawanan Sky Bound Ultimate Championship, baru-baru ini.

"Walaupun ini baru pencapaian terbaik kami tetapi itu tidak mematahkan semangat pasukan untuk terus berusaha dan berlatih supaya lebih padu,” katanya.

Frisbee merupakan gabungan permainan bola jaring dan ragbi.

Kongsi Amirah Athirah lagi, permainan cakera terbang itu mempunyai komuniti tersendiri yang sangat luas daripada peringkat universiti hingga antarabangsa.

"Frisbee ini menjadi satu medium kepada kelab untuk mempunyai jaringan sosial dalam melaksanakan pelbagai program lain.

"Selain daripada itu, kemahiran komunikasi juga amat penting untuk memberi arahan dan merancang strategi.

"Jadi, pemain dapat meningkatkan kemampuan berbicara dan mendengar arahan dengan teliti,” katanya.