Tip pilih kerjaya dan 10 kerjaya dalam bidang TVET

Iklan
Tip pilih kerjaya dalam bidang TVET

1. Kenali minat dan kemahiran diri

Pilih bidang yang selari dengan minat dan bakat seperti automotif, teknologi maklumat, kulinari, fesyen atau kejuruteraan.

2. Lakukan kajian pasaran kerja

Kenal pasti bidang yang mempunyai permintaan tinggi dalam industri dan berpotensi menawarkan pekerjaan selepas tamat pengajian.

3. Pilih institusi yang diiktiraf

Pusat Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu berdaftar dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, Majlis Amanah Rakyat, politeknik, Kolej Komuniti atau universiti teknikal.

4. Ambil kira peluang kenaikan pangkat

Pilih bidang yang membolehkan peningkatan kerjaya dan peluang sambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

5. Semak kelengkapan fasiliti latihan

Institusi yang menyediakan peralatan moden dan setaraf industri memberi kelebihan dari segi pengalaman praktikal.

6. Dapatkan maklumat daripada alumni atau pakar industri Dengar pengalaman sebenar mereka dalam bidang tersebut untuk membantu membuat keputusan yang lebih tepat.

10 kerjaya dalam bidang TVET

1. Teknikal:

Peluang pekerjaan dalam sektor ini meliputi pelbagai bidang seperti kejuruteraan, elektrik, mekanikal dan sebagainya. Lulusan TVET dalam bidang ini boleh berfungsi sebagai juruteknik, juruukur atau pengendali mesin.

2. Kemahiran:

Sektor kemahiran meliputi bidang seperti katering, tukang jahit, penata rambut dan sebagainya. Lulusan TVET dalam bidang ini boleh menjadi usahawan atau bekerja di syarikat yang berkaitan dengan kemahiran yang dikuasai.

3. Teknologi Maklumat:

Lulusan bidang teknologi maklumat berpeluang bekerja dalam bidang pengaturcaraan, analisis data, rekabentuk laman web dan sebagainya. Peluang kerjaya dalam teknologi pengimejan dan teknologi pangkalan data tersedia bagi graduan TVET.

4. Kesihatan dan Kecantikan:

Lulusan TVET dalam bidang ini boleh bekerja di pusat kecantikan, spa (tempat rawatan dan relaksasi), pusat kesihatan dan sebagainya. Mereka boleh menjadi juruterapi, jururawat atau pakar diet.

5. Pertanian dan Perikanan:

Lulusan bidang ini berpeluang untuk bekerja di ladang, kebun atau pusat akuakultur. Mereka boleh menjadi jurutera pertanian, pengusaha ladang atau nelayan.

6. Pembuatan:

Industri ini memerlukan tenaga kerja yang terlatih dalam bidang teknikal dan teknologi seperti juruteknik, jurukimpal dan operator mesin.

7. Pembinaan:

Tenaga mahir dalam bidang kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal sangat diperlukan dalam sektor pembinaan.

8. Automotif:

Graduan TVET dengan kemahiran dalam bidang mekanik, elektrik dan elektronik automotif sangat diminati oleh industri ini.

9. Perkhidmatan Kesihatan:

Graduan TVET juga diperlukan dalam bidang kejuruteraan bioperubatan, teknologi makmal perubatan dan teknologi penyelenggaraan peralatan perubatan.

10. Seni Bina dan Rekabentuk Dalaman:

Kursus dalam bidang ini melibatkan aspek reka bentuk bangunan dan ruang dalaman termasuk penggunaan perisian reka bentuk.