Cikgu Meera rangkul Anugerah Ikon Guru Muda Berpotensi! Rakan pendidik luah rasa bangga

Iklan
Anugerah Ikon Guru Muda Berpotensi yang dirangkul Cikgu Meera membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta plak cenderahati dan sijil pencapaian. Foto: Facebook Cikgu Meera

Cikgu Nur Ameera Nabila Azmi atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Meera bukanlah satu nama asing dalam dunia pendidikan tanah air.

Berperanan sebagai guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Pekan, Jitra, Kedah, beliau sememangnya dikenali sebagai seorang pendidik yang sentiasa kreatif dan inovatif dalam pendekatan pengajaran.

Iklan
Iklan

Keistimewaan Cikgu Meera terletak pada caranya yang unik dalam menyampaikan ilmu. Beliau bijak memanfaatkan elemen nyanyian, pergerakan dan aktiviti menyeronokkan bagi menjadikan sesi pembelajaran lebih interaktif dan mudah difahami murid.

Terbaharu, Cikgu Meera baru sahaja diumum penerima Anugerah Ikon Guru Muda Berpotensi sempena Majlis Anugerah Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan ke-45 di Kuching, Sarawak.

Iklan

Membawa pulang wang tunai RM3,000 berserta plak cenderahati dan sijil pencapaian, Cikgu Meera meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas penghargaan diterima.

Foto: Facebook Cikgu Meera

Menurutnya, anugerah itu bukan sekadar satu kejayaan peribadi sebaliknya ia menjadi suntikan semangat untuk terus berkarya dan berbakti dalam dunia pendidikan.

Iklan

"Alhamdulillah. Hari Guru paling bermakna untuk Meera tahun ini. Berkat sokongan dan doa daripada semua terutamanya Aidil Radz, mak, keluarga, warga sekolah SK Padang Pekan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), JPN Kedah, PPD Kubang Pasu, Majlis Guru Cemerlang, rakan-rakan guru, murid-murid dan tidak lupa juga rakan media sosial Meera. Seorang lagi Wan Hazradin yang banyak bantu sepanjang persiapan permohonan.

"Syukur dianugerahkan Johan Ikon Guru Muda Berpotensi peringkat kebangsaan. Anugerah ini meliputi penilaian banyak aspek dalam bidang pembelajaran yang sememangnya perlu didokumentasikan. Saingan Meera semuanya hebat, mantap dan padu. Takut tau!

"Terima kasih kerana memilih Meera. Doakan Meera untuk terus istiqamah sepanjang perkhidmatan. Terus support Meera tau,” kongsinya di Facebook peribadi pada Jumaat.

Foto: Bernama

Menjengah ke ruangan komen, majoriti rakan-rakan seperjuangan yang terdiri daripada golongan pendidik tampil mengucapkan tahniah dan meluahkan rasa bangga atas pencapaian Cikgu Meera.

Mereka menyifatkan anugerah tersebut sebagai satu pengiktirafan yang sangat layak diterima, memandangkan dedikasi dan usaha luar biasanya selama ini dalam mendidik anak-anak murid dengan penuh kasih sayang dan kreativiti.

Tidak ketinggalan, warga maya yang pernah mengenali beliau secara dekat turut mengambil peluang merakamkan ucapan tahniah atas kejayaan diraih.

Mohamad Khamidon Sadi: Tahniah anakanda Meera. Moga terus kekal cemerlang dan keep humble.

Stefanus Lucas: Congrats cikgu artis!

Abdul Muiez: Tahniah. Luar biasa.

Emmet Fayzal: Tahniah Cikgu Meera. Dapat pergi London nanti.

Azlan Idris: Hebatlah cikgu. Tahniah

Foto: Facebook Cikgu Meera

Dhia Amran: Tahniah Cikgu Meera, Selamat Hari Guru. Semoga terus dan tak jemu-jemu mendidik anak-anak bangsa.

Subaidah Tera: Alhamdulillah tahniah Meera, fly high. Selamat Hari Guru.

Dahalan Ismail: Tahniah Meera...you deserved to get it. Selayaknya.