Alumni Maahad Tahfiz Negeri Pahang raih PhD di Jepun! 'Semoga perjalanan akademik Dr Nur Ain Hannani sentiasa dipermudahkan ALLAH'

Iklan
Bagi Dr Nur Ain Hannani, segala cabaran berjaya ditempuhi dengan penuh tekad sehingga berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi itu.

Menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) tentunya menjadi impian ramai pelajar di seluruh dunia.

Namun, perjalanan untuk sampai ke tahap tersebut bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia menuntut kesungguhan, disiplin tinggi serta pengorbanan besar.

Iklan
Iklan

Bagi alumni Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 dari Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Dr Nur Ain Hannani Hamid, segala cabaran berjaya ditempuhi dengan penuh tekad sehingga berjaya menamatkan pengajian di peringkat tertinggi itu.

Menerusi perkongsian Facebook Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Dr Nur Ain Hannani telah menamatkan pengajian PhD di Prefectural University of Hiroshima, Shobara Campus, Jepun dalam bidang Biological System Sciences (Lipid Chemistry).

Iklan

Bidang tersebut memberi fokus kepada kajian sistem biologi dan kimia lipid, yang memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek termasuk kesihatan, pemakanan serta penyelidikan saintifik.

Iklan

Lebih membanggakan, perjalanan akademik beliau di Jepun turut mendapat pengiktirafan apabila menerima tajaan dari Japanese Ministry Of Education, Culture, Sports, Science & Technology (MEXT) bermula dari peringkat pengajian sarjana.

Hantaran mengenai kejayaan Dr Nur Ain Hannani turut mendapat perhatian ramai di media sosial apabila warga maya tidak henti-henti menzahirkan ucapan tahniah serta bangga atas pencapaian beliau.

Ramai juga melihat pencapaian itu sebagai bukti bahawa pelajar dari institusi tahfiz bukan sahaja mampu menguasai ilmu agama, malah turut cemerlang dalam sains dan penyelidikan di peringkat antarabangsa.

Terdahulu, ramai anak Malaysia menamatkan pengajian peringkat PhD di universiti terkemuka dunia, sekali gus mengharumkan negara di pentas antarabangsa.

Antaranya ialah:

1) Dr Shima Rabi’atul’ Adawiyah Zainal

  • Anak suku kaum Mahmeri dari Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Sepang, Selangor berjaya memperoleh PhD Kejuruteraan Kimia dari University of Manchester, United Kingdom.

2) Dr Saiful Anuar Singar

  • Anak Kampung Orang Asli Lubuk Bandung, Melaka turut mencipta sejarah dengan meraih PhD dari Old Dominion University, Norfolk, Virginia, Amerika Syarikat.

3) Dr Raja Akif Raja Zahirudin

  • Beliau menggenggam PhD Kejuruteraan Aeroangkasa dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat.

4) Dr Nur Shahidah Abdul Rashid

  • Merupakan satu-satunya Jurutera Keselamatan Nuklear Malaysia yang berkhidmat di Perancis. Beliau memperoleh PhD Kejuruteraan Nuklear Lanjutan dalam Pengurusan Sisa Radioaktif dari Universiti Pohang Sains dan Teknologi (POSTECH), Korea Selatan.