Lembaga Peperiksaan mohon maaf berkaitan kekeliruan tarikh SPM semalam

Iklan
Lembaga Peperiksaan mengambil serius perkara tersebut dan akan menambah baik proses semakan serta penyampaian maklumat bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa akan datang.

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memohon maaf atas kekeliruan berkaitan Kenyataan Media Tarikh Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2026 yang dikeluarkan semalam.

Lembaga Peperiksaan dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan perkara itu diambil serius dan akan memastikan proses semakan serta penyampaian maklumat diperkemas bagi mengelakkan ia berulang.

Iklan
Iklan

"Semua pihak diminta merujuk Jadual Waktu Peperiksaan SPM Tahun 2026 yang dikeluarkan melalui saluran rasmi Lembaga Peperiksaan sebagai rujukan utama," menurut kenyataan itu.

Secara keseluruhan, seramai 420,879 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM 2026 di 3,334 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Iklan

SPM 2026 akan diadakan bermula 23 November hingga 17 Disember ini. - Bernama

 

Iklan