Peperiksaan SPM 2026 dijadualkan bermula pada 26 Oktober hingga 17 Disember, membabitkan 420,879 calon di seluruh negara. Kesemua calon akan mendudukinya di 3,334 pusat peperiksaan yang disediakan.
Peperiksaan SPM 2026 dijadualkan bermula pada 26 Oktober hingga 17 Disember, membabitkan 420,879 calon di seluruh negara. Kesemua calon akan mendudukinya di 3,334 pusat peperiksaan yang disediakan.

KPM betulkan tarikh Ujian Mendengar SPM 2026

19 Aug 2026 09:39am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan terdapat pembetulan pada tarikh Ujian Mendengar bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 yang akan berlangsung di seluruh negara.

Menurut KPM, Ujian Mendengar Bahasa Melayu yang sebelum ini dijadualkan pada 30 November ditetapkan semula kepada 23 November, manakala Ujian Mendengar Bahasa Inggeris pula akan berlangsung pada 24 November berbanding tarikh asal 1 Disember.

Peperiksaan SPM 2026 dijadualkan bermula pada 26 Oktober hingga 17 Disember, membabitkan 420,879 calon di seluruh negara.

Keseluruhannya, sebanyak 3,334 pusat peperiksaan akan digunakan bagi pelaksanaan peperiksaan berkenaan.

KPM turut memaklumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu akan diadakan pada 26 hingga 29 Oktober, diikuti Ujian Bertutur Bahasa Inggeris dari 2 hingga 5 November.

Sementara itu, Ujian Amali Sains dijadualkan berlangsung pada 16 hingga 18 November, manakala Peperiksaan Bertulis pula akan dilaksanakan dari 23 November hingga 17 Disember.

Lembaga Peperiksaan akan mengumumkan jadual waktu peperiksaan SPM 2026 yang lengkap dalam waktu terdekat.

 

 

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp