Baru sahaja cas penuh 3-4 jam yang lalu, tiba-tiba dapat notifikasi yang mengatakan bateri hampir kosong, mesti stress kan.
Pastinya akan menyukarkan tugas seharian kita, nak ikut kelas PdPR pun jadi susah!
Kemudian pastinya kita akan mencari pelbagai aplikasi untuk memanjangkan had bateri tersebut.
Tapi kadang-kadang kita lupa bahawa ada beberapa kesilapan yang sering dilakukan yang mengakibatkan ‘kesihatan’ bateri terjejas.
Oleh itu, GPSBestari kongsikan tips bagaimana untuk anda memanjangkan usia bateri telefon pintar anda.
Baca juga: YES sedia telefon pintar dan data percuma untuk keluarga B40, PdPR pasti lancar 17 Mei ini
Baca juga: 4 istilah dunia perguruan yang popular, semua orang boleh ambil tahu
1. Cas semula kuasa dengan lebih kerap
[caption id="attachment_24517" width="600"] ©unsplash[/caption]
Mungkin anda selalu dengar orang kata bahawa peranti patut dicas hanya selepas bateri sudah habis, kerana ini adalah baik untuk jangka hayat bateri. Mungkin perkara ini adalah benar bagi peranti lama, namun pada hari ini ia tidak sama.
Ini kerana kebanyakan peranti hari ini menggunakan bateri lithium-ion & lithium polymer yang tidak mempunyai efek memori. Jadi tidak perlulah tunggu bateri ‘kong’ dulu sebelum mengecas semula.
Waktu terbaik untuk mengecas semula ialah pada tahap kuasa 10% hingga 20%.
2. Jangan cas peranti sepanjang masa
[caption id="attachment_24520" width="600"] ©unsplash[/caption]
Sebenarnya, perbuatan mengecas telefon untuk jangka masa yang lama tidak lagi menjadi masalah kepada peranti hari ini. Ini kerana, teknologi yang digunakan di dalam peranti-peranti baru sebenarnya berupaya untuk mematikan arus eletrik yang masuk jika ia mendapati kapasiti bateri sudah mencapai tahap maksimum.
Tetapi ini tidaklah bermaksud boleh membiarkan peranti dicas terus menerus semalaman. Untuk keselamatan, biarkan juga peranti tersebut berfungsi dengan sendiri untuk menghabiskan kapasiti baterinya.
Pastikan keadaan bateri peranti berada pada tahap 40% sehingga 80% untuk memastikan kesihatan bateri sentiasa di tahap yang optimum.
3. Tanggalkan sarung peranti ketika mengecas
[caption id="attachment_24518" width="600"] ©unsplash[/caption]
Mempunyai sarung peranti adalah sesuatu yang sangat penting sebagai perlindungan tambahan demi penjagaan peranti daripada mudah retak jika jatuh ke lantai.
Namun, menggunakan sarung ketika mengecas sebenarnya akan memberikan kesan kepada peranti anda, dimana suhu bateri akan meningkat tinggi kerana sarung tersebut akan menyebabkan pengudaraan peranti terganggu.
4. Elakkan peranti daripada terdedah pada suhu yang tinggi atau terlalu rendah
Pastikan supaya suhu peranti tidak terdedah pada suhu yang terlalu tinggi dan terlalu rendah.
Jangan biarkan peranti terbiar menghadap panas matahari di telefon. Bukan sahaja bakal memberi kesan kepada bateri, skrin juga mungkin akan turut terjejas. Kesannya, skrin akan kelihatan semakin malap.
Jangan ingat hanya suhu yang tinggi sahaja yang membahayakan, suhu yang terlalu rendah juga akan memberikan kesan kepada peranti anda. Jadi jika anda dapati peranti anda menjadi panas, jangan sesekali memasukannya ke dalam peti sejuk!
5. Kosongkan kuasa bateri dari semasa ke semasa
[caption id="attachment_24521" width="200"] sekali sekali biarkan bateri telefon kosong ©unsplash[/caption]
Walaupun kami ada menasihatkan anda supaya jangan biarkan kapasiti bateri peranti menjadi kosong. Namun sekali sekali, biarkan sahaja bateri tersebut menjadi kosong, tujuannya adalah untuk ‘menyegarkan’ semula bateri tersebut.
Berapa kerap perlu bateri dikosongkan? Kami mencadangkan agar dilakukan sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
Ikuti GPSBestari di twitter
Untuk mendapatkan keputusan yang terbaik, jarakkan masa pengosongan bateri itu adalah sama. Contohnya, jika anda mengosongkan bateri pada 25 Julai, maka pengosongan yang kedua adalah 25 September, iaitu lebih kurang 60 hari dari tarikh pertama.
Diharapkan perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada para pembaca.
Sumber:Wiser.my