OLEH: RAHMAWATI NURDIN
Penularan wabak Covid - 19 yang melanda negara kita telah menyebabkan kes pengabaian haiwan terbiar semakin meningkat, terutamanya ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.
Sehubungan itu, seramai 29 pelajar kursus Kokurikulum Berkredit Pembangunan Kesukarelawanan Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan program The Furry Friends and Pals Care Fund secara maya dengan kolaborasi Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA), Selangor untuk menyelamatkan haiwan-haiwan berkenaan.
Pengarah program, Kaviarasan A/L Jiwa berkata, beliau sedih melihat banyak haiwan terbiar dan berasa bertanggungjawab membantu haiwan-haiwan tersebut.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Terdahulu, selari dengan tema program Every Life Deserves Love and Care, aktiviti webinar yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat telah dijalankan secara dalam talian bersama tetamu jemputan khas iaitu seorang pegawai SPCA, Kelvin Cheah Kheng Tatt dan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika.
Pelbagai isu yang membelenggu haiwan-haiwan terbiar telah dibincangkan bersama tetamu jemputan berkenaan.
Selain itu, pelajar juga mengadakan pertandingan The Furry Friends and Pals Pets Fashion Photography Competition dan aktiviti Movie Night secara maya.
Setiap aktiviti program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kumpulan mahasiswa, ahli keluarga, pencinta haiwan dan orang awam.
Baca juga SK Pantai Remis teruskan tradisi tahunan, anjurkan sambutan kemerdekaan walaupun secara dalam talian
Malah,program ini turut mendapat sokongan daripada Pengarah Pusat Kokurikulum, Prof Madya Ts Dr Nur Izura Udzir yang hadir semasa majlis penyerahan sumbangan, baru-baru ini.
"Saya berharap pengalaman yang diperoleh menerusi program yang diadakan ini mampu membentuk dan menggilap diri pelajar agar menjadi individu yang berketerampilan dan holistik dan terus bergiat aktif dalam aktiviti kesukarelawanan pada masa akan datang,” ujarnya.