Pertandingan Sajak
Pertandingan Sajak

Bimbingan dan sokongan guru berjaya cungkil bakat terpendam pelajar SMK Taman Melawati 

Adlan Farhan Azwan
21 Jul 2022 04:57pm
A
A
A

Hasil bimbingan guru-guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Melawati, Gombak, Selangor telah membuahkan hasil apabila berjaya mencungkil bakat-bakat baharu menerusi beberapa pertandingan.

Kepakaran Guru Bahasa Melayu, Cikgu Wan Azriani Wan Abdullah dalam karya sastera dibuktikan menerusi penulisan sajak dan menjadi guru pembimbing di Pertandingan Deklamasi Sajak Anjuran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Kategori Menengah Atas dan Menengah Rendah 2021 dan diumumkan sebagai Johan dan Naib Johan menerusi dua pelajar iaitu Aisya Badriyya Shamsul Annuar dan Muhammad Ajmal Muhammad Nasim.

Aisya Badriyya yang mendeklamasikan sajak bertajuk Sajak Berjalan di Bumi Merdeka.

Kehebatan Cikgu Wan Azriani dalam Bahasa Melayu sastera turut mendapat perhatian pihak luar apabila diberi amanat untuk menulis skrip dan menjadi penyampai untuk sebuah program pendidikan di televisyen.

Dalam pada itu, Cikgu Masrina Md Mokhtar juga memainkan peranan penting dalam usaha SMK Taman Melawati untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang aspek seni yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Beliau bersama-sama Cikgu Wan Azriani telah menjadi guru pembimbing bagi penyertaan SMK Taman Melawati pada Pertandingan Video Komsas Peringkat Negeri Selangor 2021 yang dilaksanakan secara dalam talian.

 

Berkat usaha yang berterusan dan kerjasama antara pelajar dan guru berjaya menjadikan sekolah ini mendapat Johan dan sekali gus layak untuk ke peringkat kebangsaan mewakili Negeri Selangor.

Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya dinobatkan sebagai Johan pada peringkat kebangsaan dan turut menerima beberapa anugerah khas seperti Pelakon Perempuan Terbaik, Pelakon Pembantu Perempuan Terbaik dan Pengarah Terbaik.

Hasilnya, SMK Taman Melawati layak untuk menerima Anugerah Emas Koakademik Bahasa Sekolah Menengah Tahun 2021 sempena Anugerah Permana Citra Pembangunan Murid.

Artikel berkaitan

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan

Penyertaan ASSSB SK Sungai Bagian, hasil kecemerlangan murid

Kecemerlangan guru SAMT Sultan Hisamuddin berjaya bangunkan potensi pelajar


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan