YouTube-SMK-Kuala-Perlis
YouTube-SMK-Kuala-Perlis

Bimbingan guru ICT SMK Kuala Perlis pupuk bakat pelajar dalam bidang inovasi

Adlan Farhan Azwan
29 Jul 2022 02:12pm
A
A
A

Bimbingan guru Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, Kuala Perlis, Perlis berjaya memupuk bakat-bakat baharu pelajar dalam bidang inovasi.

Berkat usaha Guru ICT, Cikgu Mohd Jaki Muhammad Syafiq dan Cikgu Nurul Izza Omar dalam bidang tersebut telah membuahkan hasil apabila menerima Anugerah Guru Microsoft Innovative Educator Expert (MIEE) bagi sesi 2021-2022 Peringkat Global.

Selain itu, mereka juga diberi penghormatan sebagai penerima Anugerah Guru Google Certified Educator (GCE) L1 bagi tahun 2021 Peringkat Kebangsaan.

Jadi, tidak hairanlah jika SMK Kuala Perlis telah menampilkan kedua-dua guru cemerlang ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Hasil bimbingan dua guru ini telah menyuntik semangat pelajar-pelajar dalam bidang inovasi menerusi Project Based Learning (PBL) yang memerlukan pelajar melaksanakan projek berasaskan aplikasi telefon pintar.

Hasilnya, dua pelajar iaitu Alissya Sofea Azli dan Amira Farisya Azizan berjaya menerima Anugerah Perak di Pertandingan Inovasi Aplikasi Mobile Apps Peringkat Kebangsaan tahun 2022.

Dalam pada itu, ilmu dan kepakaran yang dimiliki oleh warga pendidik sekolah ini tidak terhad kepada pelajar sahaja.

Ini kerana SMK Kuala Perlis turut aktif dalam melakukan Perkongsian Pintar Microsoft Showcase School (MSS) kepada guru besar dan pengetua di seluruh Negeri Perlis pada tahun 2022.

Artikel berkaitan

Program We Love We Care, tanda prihatin SMK Mukah kepada pelajar

Kecemerlangan disiplin dan sahsiah diri, kunci utama kejayaan SK Tunku Mahmood 2

Bimbingan Cikgu Zamila raih kejayaan kokurikulum SK Kuala Berang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan