HomeAnugerah Sekolah S.M.A.R.THasil kejayaan pelajar dan guru berjaya julang nama SMK Saujana Utama

Hasil kejayaan pelajar dan guru berjaya julang nama SMK Saujana Utama

Nama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor sudah tidak asing lagi dalam dunia pendidikan negara.

Ini kerana, sekolah ini sentiasa berjaya melakar pelbagai kejayaan sama ada di peringkat daerah, negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Kejayaan ini tidak dikecapi dengan mudah, sebaliknya para guru dan juga pelajar perlu konsisten dalam memberikan kerjasama bagi meningkatkan tahap pencapaian.

Salah satu rahsia utama dalam memastikan kecemerlangan sekolah ini diteruskan adalah dengan memperkasakan pengurusan kurikulum terutamanya ketika proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) akibat pandemik Covid-19.

Kepelbagaian platform pembelajaran digital telah dimanfaatkan semasa PdPR.

Ia dilaksanakan menerusi pendigitalan sistem pendidikan dengan mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) 100 peratus penguasaan kemahiran digital oleh guru-guru.

Pendekatan yang digunakan juga berbeza mengikuti subjek seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Fizik, dan Geologi supaya dapat memastikan proses PdPR dapat dilaksanakan secara berkesan.

Hasilnya, SMK Saujana mencatat keputusan membanggakan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dengan 19 pelajar mendapat semua A dan lebih 144 pelajar memperoleh lebih 5A.

Kejayaan yang dilakar tidak hanya terhad kepada pencapaian akademik, malah kejayaan dalam bidang inovasi turut menjulang nama sekolah ini sehingga ke peringkat antarabangsa.

Hasil inovasi SMK Saujana Utama raih 2 Pingat Emas dan 2 Pingat Gangsa di IPERLIS.

Ia dibuktikan menerusi penubuhan Kelab Inovasi yang berjaya menghasilkan MyMEDKIT dan seterusnya meraih pelbagai anugerah antaranya Pingat Emas bagi Shanghai International Invention and Innovation Exhibition dan Perlis Engineering Research and Learning Innovation Exhibition Symposium (IPERLIS).

Ternyata, demi mencapai sesebuah kejayaan, SMK Saujana Utama telah mempamerkan teladan terbaik dengan memberi penekanan terhadap kerjasama antara para guru dan pelajar.

Artikel berkaitan

Kecemerlangan Cikgu Sarina dalam pendidikan khas, kebanggaan buat SK Antara Gapi

SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur cemerlang dalam akademik, sukan dan kokurikulum

Persekitaran kondusif sumbang ke arah kecemerlangan SK Kuala Jenderis


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok