ssp 2022
ssp 2022

Kejayaan di peringkat antarabangsa, bukti kecemerlangan Sekolah Seri Puteri dalam bidang STEM

Adlan Farhan Azwan
01 Sep 2022 06:16pm
A
A
A

Kecemerlangan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), telah berjaya dibuktikan menerusi pelbagai pencapaian daripada pelajar-pelajarnya.

Salah seorangnya adalah Ezzati Hanis Khairuzzaman yang berjaya mencatat kejayaan membanggakan apabila mendapat Johan Pertandingan Inovasi STEM 2021 Peringkat Daerah Sepang dan Johan Pertandingan Inovasi, Karnival STEM Peringkat Negeri Selangor 2021.

Selain itu, dia telah dipilih mewakili negara dalam Program Broadcom MASTERS International, sempena Regeneron International Science Affair (ISEF) 2022 di Atlanta, Georgia, USA.

Ezzati Hanis menunjukkan dua pingat yang diterima ketika mewakili Malaysia dalam Program Broadcom MASTERS.

Pencapaian tersebut merupakan hasil kecemerlangannya dalam Pertandingan Inovasi Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Peringkat Kebangsaan 2022 anjuran Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan (KPM).

Lebih membanggakan lagi apabila Ezzati Hanis menerima Anugerah ‘Class Speaker Award’, atas pembentangan dapatan projek inovasi dan perkongsian ilmu dan sekali gus menjadi tumpuan utama bagi penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari, (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, Zahirah Muzamir turut cemerlang melakar kejayaan di peringkat antarabangsa terutamanya dalam bidang inovasi.

Inovasi Zahirah dalam menghasilkan tampalan penyejukan organik berjaya menerima pengiktirafan Anugerah Emas dan Anugerah Khas di Korea International 2022 11th World Invention Creativity Olympics Awards.

Sebahagian peserta yang menyertai Korea 2022 11th World Invention Creativity Olympics Awards.

Secara keseluruhannya, pelajar Sekolah Seri Puteri telah berjaya mempamerkan kejayaan yang amat membanggakan dan diharapkan agar kecemerlangan yang dimiliki dapat menyuntik semangat pelajar yang lain.

Artikel berkaitan

Kejayaan dalam bidang STEM, nadi utama kecemerlangan SK Seri Makmur

Inovasi LKiZy, hasil cetusan idea guru SM Teknik Tuanku Jaafar bantu memudahkan pelajar  Lukisan Kejuruteraan

Unit beruniform tunjang kejayaan SMK Taman Maluri dalam bidang kokurikulum


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan