lawatan ts25
lawatan ts25

Kepimpinan Guru Besar SK Bayan Baru, jadi contoh teladan warga sekolah Daerah Barat Daya

Adlan Farhan Azwan
01 Sep 2022 03:20pm
A
A
A

Kepimpinan Guru Besar, Sekolah Kebangsaaan (SK) Bayan Baru, Bayan Lepas, Pulau Pinang, Cikgu Nazzatul Ashima Abdul Rahman telah menjadi contoh teladan kepada sekolah-sekolah lain di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang.

Hasil kecemerlangan beliau telah berjaya menjadikan sekolah ini terpilih sebagai Sekolah Mentor SKPMg2 (Program Bimbingan Replikasi 1+2 SKPMg2) pada tahun 2021.

Bukan itu sahaja, SK Bayan Baru turut dipilih menjadi Eminent School Pulau Pinang untuk membimbing sekolah-sekolah di Daerah Barat Daya.

Cikgu Nazzatul (tengah) bersama para hadirin ketika Lawatan Penanda Aras Sekolah TS25 Peringkat PPD Kulim, Kedah.

Cikgu Nazzatul juga melakar pelbagai kejayaan atas usaha berterusan beliau melakukan perkongsian dalam meningkatkan keberkesanan pengurusan dan proses penyampaian pendidikan.

Antaranya ialah dinobatkan sebagai Pembentang Terbaik bagi Kolokium Pemimpin Cemerlang Institusi Pendidikan 2021 dan menerima Anugerah Khas Pendidikan (Kepimpinan Rendah) Peringkat Daerah Barat Daya 2021.

Tidak hairanlah sekiranya kejayaan daripada Cikgu Nazzatul telah menjadi taruhan utama penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB), Sinar Harian.

Dalam pada itu, seorang lagi guru, Cikgu Azhar Zakaria juga berjaya menjulang nama sekolah apabila menerima Anugerah Guru Inovatif bagi kategori Individu Sekolah Rendah Peringkat Daerah Barat Daya 2021.

Ternyata, kejayaan sesebuah sekolah itu ditentukan oleh kewibawaan dan kecemerlangan yang dipamerkan oleh pemimpin sekolah.

Sehubungan itu, guru besar merupakan pemimpin tertinggi dengan peranan penting untuk merancang dan menyusun atur strategi yang berkesan terhadap pelaksanaan aktiviti-aktiviti di sekolah.

Artikel berkaitan

Kelengkapan pembelajaran digital SJKC Yuk Choi bantu murid-murid sepanjang PdPR

Fasiliti dan kemudahan SK Sena berjaya lahirkan murid holistik

Pelbagai jalinan kerjasama dengan pihak luar, dorong SK Seri Biram sertai Anugerah Sekolah S.M.A.R.T (ASSSB)


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan