293219042_10159724714756564_6783320304469944000_n
293219042_10159724714756564_6783320304469944000_n

Pembudayaan pendidikan digital SJKC Chung Hua raih 3 Anugerah DUTA

Adlan Farhan Azwan
05 Sep 2022 10:31am
A
A
A

Pembudayaan pendidikan digital yang diterapkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua, Miri, Sarawak telah berjaya memenangi tiga anugerah Digital Utilisation and Technology Awards 2021 (DUTA) anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

Ia merupakan penghargaan terbesar buat sekolah itu apabila merangkul Anugerah Emas bagi Anugerah Pendidikan Digital Peringkat Kebangsaan 2021.

Anugerah Emas telah disampaikan oleh Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Di peringkat Negeri Sarawak pula, SJKC Chung Hua melakar kejayaan apabila diberikan Anugerah Emas Pembudayaan Pendidikan Digital Terbaik 2021 dan meraih penghormatan sebagai Sekolah 5 Bintang Smart School Qualification Standards (SQS) 2021.

Ia adalah hasil usaha berterusan guru-guru yang sentiasa memberi keutamaan terhadap kepentingan pembelajaran digital dalam kalangan murid-murid dan sekali gus menguatkan lagi penyertaan sekolah ini dalam Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari.

Kecemerlangan sekolah ini diteruskan lagi menerusi kejayaan di peringkat antarabangsa oleh tiga muridnya, Sim Zhi Yang, Yong Jia Hong dan Eric Hii Lu En dalam bidang robotik.

Mereka berjaya menjadi Johan World Robot Olympiad (WRO) 2021 Online International Final dan merangkul Anugerah Global Champion di Innovation, Robotics, and Coding Competition (IRCC) 2021.

Bagi peringkat kebangsaan pula, tiga murid SJKC Chung Hua ini memenangi Johan Online National Robotics Competition (ONRC) 2021 di bawah kategori Sekolah Rendah.

Secara keseluruhannya, pencapaian membanggakan daripada guru-guru telah berjaya menyuntik semangat anak-anak murid untuk melakukan perkara yang sama dan berjaya mengharumkan nama sekolah di persada antarabangsa.

Artikel berkaitan

Kepimpinan Guru Besar SK Bayan Baru, jadi contoh teladan warga sekolah Daerah Barat Daya

Kemahiran digital SK Dato’ Wan Kemara raih pengiktirafan antarabangsa

Manfaat kecanggihan teknologi dan kemenjadian murid, SMK Kampong Jawa raih kejayaan di pelbagai peringkat


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan