sk-seksyen-9
sk-seksyen-9

Program Pencinta Alam SK Seksyen 9, pupuk nilai prihatin terhadap alam sekitar

Adlan Farhan Azwan
09 Sep 2022 12:11am
A
A
A

Program Pencinta Alam yang dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9, Shah Alam, Selangor telah berjaya memupuk nilai prihatin terhadap alam sekitar dalam kalangan murid-murid.

Ia merupakan sebahagian usaha sekolah ini bagi menerapkan pengetahuan murid-murid tentang penjagaan alam sekitar.

Antara program yang telah dijalankan ialah Pertandingan Upcycling Mural Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena Kempen Kitar Semula, Pertandingan Sudut Lestari dan Recycle Di Dalam Kelas dan 13th Kao International Environment Painting Contest.

Murd-murid bergambar di hadapan mural.

Selain mendidik tentang kepentingan menjaga alam sekitar, program yang dijalankan juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat kreatif yang terpendam.

Usaha murni SK Seksyen 9 telah disokong penuh oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan memberikan kerjasama sepenuhnya dalam setiap aktiviti yang diadakan sama

ada dari segi kewangan atau tenaga.

Antara yang disumbangkan ialah bunga dan sayur-sayuran yang akan ditanam secara bergotong royong dengan masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi keceriaan sekolah.

Hasilnya, sekolah ini telah berjaya mendapat tempat ketiga bagi Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2022.

Taman Harimau Malaya di SK Seksyen 9.

Semua usaha ini dilihat memberi impak positif terhadap kemenjadian murid-murid dan berjaya melakar kejayaan di pelbagai peringkat.

Ia dibuktikan menerusi salah seorang muridnya, Puteri Thalia Adrianna Jannatul Naim yang berjaya mengharumkan nama sekolah kerana layak ke World Finals Eurasian Spelling Bee 2022 yang diadakan Gdansk, Poland.

Secara keseluruhannya, SK Seksyen 9 telah membuktikan kepentingan alam sekitar terutamanya di sekolah dalam memastikan proses kemenjadian murid-murid dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Artikel berkaitan

Baru 30-an, sumbangan Cikgu Tarmizi dalam bola sepak SK Bukit Mutiara membanggakan!

Persekitaran sekolah yang kondusif kekuatan SK Dato’ Manan

Penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan bentuk warga SK Bagan Serai mahir digital


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Disyorkan