Bagi yang cemerlang dalam SPM, jadikan ia batu loncatan untuk melangkah lebih jauh ke menara gading. Bagi yang kurang mencapai sasaran, jangan sesekali berputus asa. Gambar: Arkib Sinar Bestari
Bagi yang cemerlang dalam SPM, jadikan ia batu loncatan untuk melangkah lebih jauh ke menara gading. Bagi yang kurang mencapai sasaran, jangan sesekali berputus asa. Gambar: Arkib Sinar Bestari

9 Mac atau 12 Mac? Debaran tarikh keputusan SPM 2025 hangat diperkatakan netizen!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Mar 2026 02:42pm

9 Mac atau 12 Mac?

Itulah persoalan yang kini hangat diperdebatkan di media sosial apabila calon dan ibu bapa mula menghitung hari menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Ada yang yakin keputusan akan diumumkan pada 9 Mac (Isnin). Tidak kurang juga yang 'mendakwa' tarikh sebenar ialah 12 Mac (Khamis). Malah, lebih dramatik apabila segelintir pihak berharap ia ditangguhkan sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri 2026, biarlah raya disambut tanpa debaran dan tekanan keputusan peperiksaan.

Namun, setakat ini, semuanya masih spekulasi.

Seperti biasa, tarikh rasmi hanya akan diumumkan oleh pihak berautoriti iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selagi tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, segala tarikh yang tular wajar dianggap sebagai khabar angin semata-mata.

Realitinya, debaran menunggu keputusan SPM bukan perkara kecil. Ia menjadi penentu hala tuju pelajar sama ada ke Matrikulasi, Asasi, Diploma, Tingkatan Enam atau laluan kemahiran. Sebab itulah setiap tarikh yang disebut terus mencetuskan gelombang reaksi.

Apa pun tarikhnya nanti, satu perkara pasti, keputusan itu hanyalah sebahagian daripada perjalanan hidup.

Bagi yang cemerlang, jadikan ia batu loncatan untuk melangkah lebih jauh ke menara gading. Bagi yang kurang mencapai sasaran, jangan sesekali berputus asa.

SPM bukan noktah. Ia cuma satu koma dalam perjalanan panjang kehidupan.

Artikel Berkaitan:

Sementara menunggu pengumuman rasmi, apa kata kita sama-sama mendoakan agar semua calon SPM 2025 memperoleh keputusan terbaik dan dipermudahkan urusan melangkah ke fasa seterusnya, insya-ALLAH.

 

 

Ringkasan AI
  • Terdapat perdebatan tentang tarikh pengumuman keputusan SPM 2025, antara 9 Mac atau 12 Mac
  • Spekulasi juga mencadangkan penangguhan pengumuman hingga selepas Hari Raya Aidilfitri 2026
  • Tarikh rasmi pengumuman akan ditentukan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Keputusan SPM penting sebagai penentu hala tuju pendidikan seterusnya
  • SPM dianggap bukan pengakhiran tetapi sebahagian dari perjalanan panjang kehidupan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp