Polis menahan seorang guru besar bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang murid lelaki Tahun Satu sehingga menyebabkan kecederaan Selasa lepas.
Polis menahan seorang guru besar bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang murid lelaki Tahun Satu sehingga menyebabkan kecederaan Selasa lepas.

Guru besar ditahan bantu siasatan pukul murid Tahun Satu sehingga cedera

15 Mar 2026 03:55pm

Polis menahan seorang guru besar bagi membantu siasatan berkaitan kes memukul seorang murid lelaki Tahun Satu sehingga menyebabkan kecederaan Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Radin Ramlan Radin Taha berkata, pihaknya menerima laporan daripada lelaki berusia 40 tahun yang merupakan bapa kepada kanak-kanak itu, kira-kira pukul 9.46 pagi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai dipukul lelaki berumur 48 tahun itu semasa berada di kantin sekolah kira-kira 7.39 pagi, hari yang sama.

Bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah menahan lelaki tersebut di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara pada 4.55 petang bagi membantu siasatan.

"Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan juga didapati negatif," katanya dalam kenyataan. 

Radin Ramlan berkata, suspek telah dibawa ke mahkamah di sini pada Rabu dan direman tiga hari, sebelum dibenarkan bebas dengan jaminan polis.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular satu hantaran di laman Facebook yang dimuat naik pemilik akaun Isu Semasa Online memaparkan perkongsian mengenai kejadian berserta foto seorang kanak-kanak lelaki yang cedera. - Bernama

 

Artikel Berkaitan:

 

Ringkasan AI
  • Polis menahan seorang guru besar berkaitan kes memukul murid tahun satu hingga cedera
  • Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara menerima laporan daripada bapa mangsa
  • Mangsa dipercayai dipukul di kantin sekolah
  • Suspek ditahan tanpa rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing negatif
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp