Ramai yang meluahkan rasa sebak dan simpati, selain mendoakan agar roh arwah dan ahli keluarganya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Ramai yang meluahkan rasa sebak dan simpati, selain mendoakan agar roh arwah dan ahli keluarganya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

'Arwah Ruby Adira Batreisya raih 5A dalam SPM 2025' - Asyraf Wajdi sebak kongsi keputusan pelajar MRSM Bentong

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
03 Apr 2026 12:39pm

Masihkah kalian mengingati tragedi kebakaran yang meragut nyawa lima sekeluarga di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub, Pahang baru-baru ini?

Dalam kejadian menyayat hati itu, pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Ruby Adira Batreisya Mohd Alawi, 17, terkorban bersama ahli keluarganya iaitu bapa, Mohd Alawi Muhammad (56); ibu, Zaleha Adam @ Ibrahim (44); serta dua adiknya Ruby Adlina Banin (14) dan Ruby Azyan Barizah (10).

Pemergian mereka sekeluarga meninggalkan kesedihan mendalam kepada masyarakat setempat, rakan-rakan sekolah serta warga MRSM Bentong yang mengenali arwah sebagai seorang pelajar yang baik dan rajin.

Ketika tragedi itu berlaku, Ruby Adira Batreisya sebenarnya sedang menanti detik penting dalam hidupnya iaitu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.

Namun takdir Ilahi mendahului segalanya.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki pada Khamis memaklumkan bahawa Allahyarhamah Ruby Adira Batreisya sebenarnya berjaya memperoleh keputusan cemerlang dengan 5A dalam peperiksaan SPM 2025.

Perkongsian itu dimuat naik beliau menerusi laman Facebook rasmi sekali gus menyentuh hati ramai.

"Sebak sungguh rasa apabila menerima laporan arwah Ruby Adira Batreisya, pelajar MRSM Bentong yang meninggal dunia akibat musibah kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Raub pada Ramadan lalu, mendapat 5A dalam SPM. Kita sedekahkan al-Fatihah buat almarhumah," tulis beliau.

Berita itu nyata mengundang rasa pilu dalam kalangan warganet yang mengikuti perkembangan tragedi tersebut sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Ramai yang meluahkan rasa sebak dan simpati, selain mendoakan agar roh arwah dan ahli keluarganya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sementara itu, perkongsian Asyraf Wajdi tersebut turut mendapat perhatian meluas apabila meraih lebih 7,000 tanda suka, ratusan komen serta perkongsian semula oleh pengguna media sosial.

Sebahagian besar komen yang ditinggalkan menggambarkan kesedihan orang ramai terhadap pemergian seorang pelajar yang berpotensi besar serta memiliki masa depan cerah.

"Al-Fatihah. Hebat arwah, semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman," tulis seorang pengguna.

Seorang lagi warganet pula berkata, kejayaan arwah dalam SPM menjadi bukti bahawa beliau sebenarnya seorang pelajar yang tekun dan bersungguh-sungguh dalam pelajaran.

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp