Sumbangan tersebut hadir tepat pada masanya bagi membantu kelancaran proses PdP, selepas sebahagian kemudahan sekolah mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.
Sumbangan tersebut hadir tepat pada masanya bagi membantu kelancaran proses PdP, selepas sebahagian kemudahan sekolah mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya salur sumbangan kerusi, ringankan beban SMK Presint 14(1)

20 May 2026 02:58pm

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 14(1) menerima sumbangan sebanyak 100 buah kerusi daripada Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, susulan insiden kebakaran yang berlaku baru-baru ini.

Sumbangan tersebut hadir tepat pada masanya bagi membantu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), selepas sebahagian kemudahan sekolah mengalami kerosakan akibat kejadian tersebut.

Pengerusi Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya, Datuk Mohd Hisamudin Yahaya berkata, inisiatif ini merupakan tanda keprihatinan terhadap kebajikan pelajar serta komitmen dalam memastikan pendidikan tidak terhenti.

"Sebanyak 100 kerusi disumbangkan untuk kegunaan pelajar kerana terdapat kerusi yang rosak dalam insiden kebakaran tempoh hari. Kita berharap ia dapat membantu pihak sekolah menjalankan PdP dengan lebih selesa," katanya.

Menurut beliau, nilai keseluruhan sumbangan dianggarkan sekitar RM2,500. 

No Image Caption

Dalam masa sama, beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek atas bantuan awal sebanyak RM100,000 yang disalurkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi tujuan pembaikan sekolah.

Beliau turut berharap kerja-kerja baik pulih dapat disegerakan memandangkan pelajar akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi, selain keperluan penggunaan semula dewan sekolah untuk aktiviti pembelajaran.

Artikel Berkaitan:

Selain bantuan tersebut, Biro Pendidikan Perpaduan Putrajaya turut meneruskan tradisi tahunan dengan mengedarkan kek sempena Hari Guru ke semua sekolah di Putrajaya sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik.

No Image Caption

Sebanyak 29 biji kek diedarkan ke sekolah rendah dan menengah sebagai simbol penghargaan terhadap jasa guru yang tidak ternilai.

"Program ini telah menjadi rutin tahunan sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru atas dedikasi mereka," katanya.

Selain itu, pelbagai program kecemerlangan turut dirancang termasuk Program Menggilap Bintang, Projek Kecemerlangan dan Hadiah Restu Ilmu bagi membantu pelajar SPM meningkatkan prestasi akademik.

No Image Caption

Sementara itu, Pengetua SMK Putrajaya Presint 14(1), Hassim Markom menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menghulurkan bantuan.

Beliau berharap proses pembaikan dapat disiapkan dalam tempoh sekitar enam bulan bagi memastikan kemudahan sekolah kembali beroperasi sepenuhnya.

No Image Caption

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp