JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan membabitkan warganya. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah.
JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan membabitkan warganya. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah.

Insiden pergaduhan murid dalam proses tindakan perundangan - JPWPKL

22 Jul 2026 10:36am

Insiden pergaduhan melibatkan murid yang berlaku di kawasan perumahan dan tular di media sosial kini dalam proses tindakan perundangan.

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) dalam satu kenyataan memaklumkan polis telah selesai menjalankan siasatan.

"JPWPKL tidak berkompromi dengan sebarang salah laku keganasan membabitkan warganya. Tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bersalah," menurut kenyataan itu.

JPWPKL turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan identiti kanak-kanak bawah umur seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang. - Bernama

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp