Penggunaan teknologi di SJKC Pei Hua jadi pemudah cara PdP dalam talian

Penggunaan teknologi oleh guru dan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hua, Seremban, Negeri Sembilan memainkan peranan besar dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan sempurna.

02 Feb 2023 11:54am
A
A
A

Penggunaan teknologi oleh guru dan murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pei Hua, Seremban, Negeri Sembilan memainkan peranan besar dalam memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Kelengkapan seperti capaian internet yang laju, komputer riba dan ‘interactive touch screen panel’ menjadi pemudah cara untuk guru mengajar murid-murid yang mengikuti kelas secara dalam talian.

[caption id="attachment_42356" align="aligncenter" width="600"] Sebahagian proses PdP yang dilakukan secara dalam talian menerusi Google Meet.[/caption]

Hasilnya, SJKC Pei Hua berjaya dinobatkan sebagai pemenang tempat kelima di Frog World Championship pada tahun 2020.

Sekolah ini turut mencipta kejayaan menerusi Isabel Marucci yang berjaya muncul sebagai juara bagi tiga kategori yang dipertandingkan di Queen Cup International Online Dance Championships 2021.

Selain itu, kecekapan pengurusan sekolah dalam pencegahan Covid-19 membantu murid-murid untuk kembali mengikuti PdP secara bersemuka.

Dengan penyertaan Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) di bawah kategori Sekolah Rendah – Bandar, sekolah ini mempamerkan kesungguhan menerusi prosedur operasi standard (SOP) yang terperinci.

[caption id="attachment_42357" align="aligncenter" width="602"] Murid-murid SJKC Pei Hua telah diberi panduan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan.[/caption]

Artikel Berkaitan:

Murid-murid juga didedahkan dengan setiap langkah penting yang perlu diambil bagi mematuhi SOP yang ditetapkan seperti penjarakan fizikal, penggunaan ‘hand sanitizer’ dan pemakaian pelitup muka.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak menghalang warga pendidik di sekolah ini untuk terus mencurahkan ilmu dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang memupuk kemahiran dalam kalangan murid-murid antaranya bengkel pengurusan wang, bengkel kemahiran mengedit video dan senaman fizikal secara dalam talian.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok