No Image Caption

Dua kali juarai Pertandingan Mobile Legend, SK Kampung Lindungan bersaing dalam ASSSB

Kejayaan itu adalah bukti kehebatan SK Kampung Lindungan yang pastinya mencerminkan kecemerlangan guru-guru dan semua murid.

02 Feb 2023 11:18am
A
A
A

Dua kali kejuaraan dalam Pertandingan Mobile Legend di peringkat daerah dan negeri memberi keyakinan kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Lindungan untuk menyertai program Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB).

Kejayaan itu adalah bukti kehebatan SK Kampung Lindungan yang pastinya mencerminkan kecemerlangan guru-guru dan semua murid.

Cikgu Quek merupakan idola terbaik yang berjaya merangkul Anugerah Guru Inovasi 2021 selain menjadi salah seorang penyampai rancangan Didik TV anjuran Kementerian Pendidikan (KPM).

Murid-murid SK Kampung Lindungan yang mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Mobile Legend
Murid-murid SK Kampung Lindungan yang mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Mobile Legend

Pada tahun yang sama, Cikgu Sures pula mendapat Anugerah Guru Inspirasi dan menjadi Jurulatih Utama Daerah (JUD) Matematik (Sekolah Rendah).

Selain itu, beliau juga merupakan penulis buku subjek Matematik Tahun 5 bertajuk Exsel dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) di bawah penerbitan Ilmu Bakti bagi keluaran 2020, 2021 dan 2022.

Untuk kemenjadian murid pula, Shazlin Nafisa Azlin mendapat kejayaan berkembar bersama Nur Balqisya Bilah iaitu kedua-duanya memperoleh tempat ketiga dalam Pertandingan Junior Stem Coding Challenge daerah Petaling Perdana.

Artikel Berkaitan:

Bagi projek-projek SK Kampung Lindungan yang menarik adalah Majlis e-Khatam al-Quran, e-Perhimpunan Rasmi Sekolah dan e-Sport Day yang dijalankan secara maya.

Ketika Covid-19 memburuk, sekolah ini menggunakan kemudahan teknologi sebagai medium untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Kesimpulannya, SK Kampung Lindungan menjadi saingan sengit sekolah-sekolah lain di bawah KPM yang menyertai ASSSB untuk memenangi wang tunai keseluruhan bernilai RM50,000.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok