GAMBAR
GAMBAR

100 pelajar Uniten terima bantuan awal pengajian Yayasan Bank Rakyat

Norliza Wasilan
06 Oct 2022 10:29pm
A
A
A

Seramai 100 pelajar Universiti Tenaga Nasional (Uniten) menerima bantuan awal pengajian daripada Yayasan Bank Rakyat (YBR) membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM100,000.

Menurut Naib Canselor Uniten, Profesor Ir Dr Noor Azuan Abu Osman, setiap pelajar berkenaan menerima bantuan sebanyak RM1,000.

Ujarnya, inisiatif yang dilaksanakan oleh yayasan berkenaan ternyata amat membantu golongan memerlukan terutamanya pelajar universiti dalam kalangan B40.

“Kami melahirkan penghargaan kepada YBR kerana memilih Uniten sebagai salah satu universiti yang menerima bantuan awal pengajian (untuk pelajarnya).

“Semoga usaha dan kerjasama ini akan terus memperkukuhkan hubungan strategik yang sedia terjalin antara YBR dan Uniten seterusnya membantu pembangunan modal insan,” ujarnya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara YBR dan Uniten di Kampus Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis MoU ditandatangani Syaiful Rizal (kiri sekali) dan Noor Azuan (kanan sekali) dengan disaksikan Megat Zulkarnain (kedua kiri) dan Hasan Arifin (kedua kanan).

Jalinan strategik itu adalah inisiatif untuk meningkatkan peluang pendidikan dengan menawarkan biasiswa dan bantuan pengajian kepada pelajar di Uniten.

Pada majlis berkenaan, MoU ditandatangani oleh Noor Azuan dan Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani dengan disaksikan Pengerusi YBR, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin serta Pengerusi Tenaga Nasional Berhad merangkap Pengerusi Uniten, Datuk Seri Hasan Arifin.

Ia kemudiannya diakhiri dengan sesi penyerahan replika cek untuk Program Penajaan Pelajar Cemerlang bernilai RM 1,034,406 dan bantuan awal pengajian bernilai RM 100,000.

Mengulas lanjut, Noor Azuan turut melahirkan penghargaannya apabila pihak pengurusan tertinggi YBK meluluskan cadangan mewujudkan kerjasama bagi Program Penajaan Pelajar Cemerlang ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dengan ACCA INternary dan Tahfiz.

“Secara keseluruhannya program penajaan ini akan melibatkan jumlah peruntukan maksimum sebanyak RM 1,034,406 sepanjang tempoh tiga tahun.

“Ini bermaksud YBR akan menaja tiga pelajar setahun dengan peruntukan maksimum RM114,934 seorang, jumlah keseluruhan pelajar yang akan ditaja pula ialah sembilan orang,” tambahnya.

Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata, yayasan sentiasa komited membantu pelajar kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Saya berharap semua pelajar akan sentiasa memberikan yang terbaik dengan mengenepikan perkara tidak penting dan tidak melibatkan diri dengan perkara tidak pasti,” ujarnya.

Artikel berkaitan

4 pelajar UTHM terpilih sertai Misi Sukarelawan Siswa YSS

“Terima kasih UNITEN” – Graduan cemerlang gagal UPU lega ditawarkan tempat dengan jurusan pilihan

Pertandingan Waste is Amazing: Merdeka Special Upcycling cungkil bakat reka cipta pelajar sekolah rendah dan menengah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok