1332886
1332886

1,022 sekolah daif di Sarawak akan dinaik taraf - Ismail Sabri

Adlan Farhan Azwan
05 Dec 2021 03:50pm
A
A
A

KUCHING - Kerajaan telah mengenal pasti sebanyak 1,022 sekolah daif di seluruh Sarawak untuk dinaik taraf dan dibaik pulih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan pimpinannya tidak akan berkompromi dalam hal pendidikan terutamanya bagi memberi keselesaan kepada pelajar.

“Apabila saya mendengar taklimat pembangunan Sarawak, saya dimaklumkan tentang rumah guru dan sekolah daif di Sarawak. Saya panggil Menteri Kewangan minta pastikan isu itu diselesaikan segera.

BACA JUGA: Pastikan tenaga kerja mencukupi, Sarawak labur dalam 3 Universiti

BACA JUGA: Peningkatan kes Covid-19, sesi persekolahan bersemuka tetap diteruskan sehingga tamat penggal

“Kita (kerajaan) akan sediakan peruntukan besar untuk pastikan sekolah daif itu dapat kita naik taraf, dibaik pulih atau dibina baru… di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama Rakyat yang turut dihadiri Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini malam tadi.

Sementara itu, mengenai pembangunan di Sarawak, Ismail Sabri berkata Kerajaan Persekutuan pimpinannya akan sentiasa memberi tumpuan kepada negeri ini.

Sebagai contoh, katanya, program Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang melibatkan Sabah dan Sarawak akan memastikan semua kawasan luar bandar mendapat capaian Internet tanpa gangguan.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Kita tidak mahu seperti berlaku di Sabah sebelum ini di mana ada yang kena naik pokok untuk dapat Internet. Jadi kita bagi peruntukan besar supaya capaian 5G dapat dicapai di Sabah dan Sarawak,” katanya.

- BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok