Sarawak terima 1,108 guru baharu. FOTO HIASAN.
Sarawak terima 1,108 guru baharu. FOTO HIASAN.

1,108 guru baharu berkhidmat di Sarawak

ROSHLAWATY MD RAIEH
23 Dec 2023 04:59pm
A
A
A

Seramai 1,108 guru baharu terdiri daripada siswazah universiti awam dan swasta bakal ditempatkan di Sarawak.

Daripada jumlah itu, seramai 422 guru di sekolah rendah, manakala 686 guru di sekolah menengah berkuat kuasa 28 Disember.

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) dalam kenyataan media pada Sabtu, merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang menempatkan guru baharu itu.

Selain itu, tidak lupa sekalung penghargaan kepada KPM, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Sarawak (MEITD) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Cawangan Sarawak (SPP) atas sokongan dalam membantu mengatasi masalah kekurangan guru di Sarawak.

JPNS juga akan bekerjasama erat dengan KPM, SPP dan semua pihak berkepentingan pendidikan dari semasa ke semasa bagi memastikan isu kekurangan guru di Sarawak dapat diatasi.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok