139 positif Covid-19 di Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, kini ditempatkan di PKRC, MAEPS
KUALA LUMPUR - Rentetan kes positif Covid-19 yang melibatkan 65 pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP), angka kumulatif naik kepada 139 orang.
Jumlah saringan yang dibuat setakat jam 3 petang hari ini adalah sebanyak 946 orang (849 pelajar, 59 guru dan 38 petugas).
Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha'ri Ngadiman, kesemua 139 individu yang positif kini berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) MAEPS Serdang manakala kontak rapat ditempatkan di stesen kuarantin kerajaan.
BACA JUGA: 65 pelajar SBP di Cyberjaya dijangkiti COVID-19
BACA JUGA: Wujudkan persekitaran sekolah selamat, semua pihak perlu mainkan peranan
“Kesemua 139 kes yang positif Covid-19 berada dalam keadaan stabil dan berada dalam kategori 1 dan 2A (bergejala dan risiko rendah),” ulas beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Kesemua 139 orang yang positif terdiri daripada 114 pelajar, 15 guru dan 10 petugas.
[embed]?s=20[/embed]
Semalam, 65 pelajar sekolah tersebut positif hasil saringan 523 individu (423 pelajar, 53 guru dan 38 petugas).
Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook
Dalam pada masa yang sama, kenyataan itu juga memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Sepang dan pihak sekolah bekerjasama rapat dalam menangani kluster ini.
“Sebarang maklumat terkini Kluster Persiaran Tasik ini akan dikemaskini untuk makluman umum dari semasa ke semasa,” katanya kenyataan itu.