Profesor Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman.(tengah) ketika Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2022 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia , Selayang.
Profesor Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman.(tengah) ketika Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM 2022 di Dewan Besar Majlis Peperiksaan Malaysia , Selayang.

17 pelajar terbaik STPM 2022 terima wang tunai RM1,000 - MPM

AZLEENDA SAHALUDIN
13 Jul 2023 01:14pm
A
A
A

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) mengumumkan telah memilih 17 pelajar terbaik Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2022 bagi menerima anugerah berupa wang tunai bernilai RM1,000, plak dan sijil mengikut kategori yang telah ditetapkan.

Antara kategori tersebut adalah 11 pelajar terbaik keseluruhan, seorang pelajar terbaik bagi kategori B40, seorang pelajar terbaik kategori Orang Asli serta empat pelajar terbaik kategori Calon Bekeperluan Pendidikan Khas iaitu buta, rabun, autistik dan spastik.

Ia diumumkan oleh Pengerusi MPM dan juga Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Ts Dr Mohd Ekhwan Toriman.

“Di samping hadiah yang diberikan oleh MPM kepada Calon Bekeperluan Pendidikan Khas untuk kategori buta, Persatuan Orang Buta Malaysia juga telah bermurah hati untuk memberi hadiah kepada calon terbaik STPM 2022.

“Mereka menghadiahkan alat bantu untuk pembelajaran kepada calon terbaik kategori buta ini,” katanya pada Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM Tahun 2022 di Dewan Besar MPM, Selayang, Selangor.

Selain itu, MPM juga akan memberi anugerah kepada seorang pelajar terbaik Malaysian University English Test (MUET) 2022 dan seorang pelajar terbaik Ujian Sijil Kecekapan Bahasa Melayu bagi Warganegara Asing (SKBMW) 2022.

“Seperti tahun 2019, tahun ini juga, Persatuan Sejarah Malaysia akan memberi sumbangan Anugerah Pelajar Terbaik Mata Pelajaran Sejarah kepada seorang pelajar STPM 2022.

“Diharapkan dengan inisiatif yang diberi ini akan diikuti oleh persatuan akademik yang lain bagi menarik minat calon untuk mengambil STPM,” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok