Sebahagian pelajar seramai 210 orang bergambar bersama alat muzik selepas diiktiraf Malaysia Book Of Record membuat persembahan okestra pada Festival Okestra Cina Nasional Perak 2024 di Pekarangan Ipoh Town Hall.

210 pelajar Perak cipta sejarah 'Malaysia Book of Records', tahniah!

30 Dec 2024 03:11pm

Seramai 210 pelajar sekolah rendah dan menengah dari Perak berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Most Chinese Orchestra Performers in a Christmas Festival.

Persembahan itu diadakan di hadapan Dewan Bandaran Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, sempena sambutan Hari Natal baru-baru ini.

Plak pengiktirafan MBOR disampaikan oleh wakilnya, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Rumaizi bergambar bersama sijil Malaysia Book Of Record selepas menyaksikan persembahan Okestra pada Festival Okestra Cina Nasional Perak 2024 di Pekarangan Ipoh Town Hall.
Rumaizi bergambar bersama sijil Malaysia Book Of Record selepas menyaksikan persembahan Okestra pada Festival Okestra Cina Nasional Perak 2024 di Pekarangan Ipoh Town Hall.

Pengerusi Pertubuhan Kebudayaan dan Orkestra Cina Ipoh Kok Sing Yee, ketika ditemui pemberita berkata, latihan selama tiga hari telah dijalankan sebelum persembahan itu diadakan.

"Sebanyak 20 peralatan muzik tradisional Cina digunakan untuk persembahan tersebut, antaranya seruling, gendang, gong, dan banyak lagi," katanya.

Sementara itu, Rumaizi dalam ucapannya berkata, pengiktirafan oleh MBOR itu dapat membantu bandar raya Ipoh mempromosikan sektor pelancongan dan membangunkan ekonomi tempatan.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Pengiktirafan ini juga dilihat dapat menggalakkan generasi muda untuk menyertai aktiviti sihat serta mendatangkan faedah.

"Saya berharap warga kota Ipoh dan pertubuhan-pertubuhan dapat mengadakan atau menganjurkan program seumpama ini bagi menarik lebih ramai pelancong ke bandar raya Ipoh, di samping memberi peluang kepada warga Ipoh untuk memperkenalkan seni dan budaya ke peringkat antarabangsa," katanya. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp