LPPS  yang diberi kuasa telah memutuskan projek ini ditender semula -  Fadhlina.
LPPS yang diberi kuasa telah memutuskan projek ini ditender semula - Fadhlina.

3 projek pembangunan semula bangunan daif ditender semula - Fadhlina

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Feb 2023 06:51pm
A
A
A

Pembinaan tiga projek pembangunan semula bangunan daif sekolah di kawasan Igan, Sarawak, yang melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tebaang Daro, SK Kampung Pergau dan SK Bawang Tian telah dilaksanakan pelawaan tender.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada tawaran yang diterima, kesemua penender mengemukakan tawaran harga melebihi kos yang diluluskan.

Kerana perkara tersebut, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memberitahu, Lembaga Perolehan Persekutuan Sarawak (LPPS) yang diberi kuasa telah memutuskan projek ini ditender semula.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Johnie Zawawi (Igan) mengenai sejauh manakah pelaksanaan projek-projek baik pulih sekolah daif di Sarawak dan status pembinaan SK Kampung Tebaang Daro, SK Kampung Pergau dan SK Bawang Tian di Parlimen Igan sehingga kini di Dewan Rakyat pada Rabu.

Tegas Fadhlina, KPM akan terus prihatin dalam menyediakan infrastruktur pendidikan yang selamat dan kondusif untuk kegunaan murid dan warga sekolah di seluruh negara termasuk negeri Sarawak.

Ujarnya, sepanjang tempoh tahun 2016 sehingga 2022, sebanyak 361 projek menaik taraf dan membangunkan semula bangunan daif di sekolah seluruh Sarawak telah diluluskan dengan kos projek sebanyak RM2.157 bilion.

Sehingga 31 Januari lalu pula, sebanyak 216 projek telah siap sepenuhnya, 57 projek berada di peringkat pembinaan dan 88 projek di peringkat prabina.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok