Pelajar positif Covid-19 telah dihantar pulang bagi menjalani kuarantin. 

Kredit foto: Jan Kopriva/pexels
Pelajar positif Covid-19 telah dihantar pulang bagi menjalani kuarantin. Kredit foto: Jan Kopriva/pexels

3 sekolah menengah kluster aktif Covid-19 masih terkawal

AZLEENDA SAHALUDIN
14 Apr 2023 05:58pm
A
A
A

Tiga sekolah menengah berasrama di Melaka masih beroperasi seperti biasa walaupun terdapat 226 kes kluster positif Covid-19 dalam kalangan pelajarnya.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Rusdi Abd Rahman, tiga kluster sektor pendidikan itu membabitkan Kluster Jalan Selandar, Kluster Jalan Sempang 20 Jasin 2 dan Kluster Lorong Bukit Piatu 15 2.

“Kluster Jalan Selandar melibatkan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Selandar membabitkan 64 kes dan Kluster Jalan Sempang 20 Jasin 2 membabitkan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghaffar Baba sebanyak 72 kes.

“Manakala, kluster Lorong Bukit Piatu 15 2 iaitu Sekolah Menengah Teknik Melaka terdapat 90 kes.

“Kesemua pelajar telah dihantar pulang ke rumah masing-masing untuk menjalani kuarantin bagi memastikan keadaan lebih terkawal dan mereka mempunyai simptom seperti sakit tekak, batuk dan selesema,” katanya.

Sambung Rusdi, kluster berkenaan dikesan selepas terdapat pelajar mengalami simptom tersebut dan membuat ujian saringan Covid-19 sebelum ujian itu diperluas dalam kalangan pelajar lain dan mendapati semakin ramai yang positif.

Tambahnya, kesemua kluster berkenaan juga dijangka tamat pada 10 Mei depan dan keadaan di ketiga buah sekolah itu masih terkawal.

Jabatan Kesihatan Negeri akan terus melaksanakan pemantauan di sekolah-sekolah lain sekitar negeri berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya lagi, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) turut dimaklumkan situasi terkini melibatkan tiga sekolah berkenaan dan pelaksanaan langkah pencegahan serta kawalan Covid-19 akan diteruskan dengan bantuan dan kerjasama pelbagai agensi.

“Meskipun kes masih terkawal dan tiada kenaikan ketara tetapi dinasihatkan kepada semua rakyat negeri ini (Melaka) serta mereka yang bakal pulang beraya untuk menjaga kesihatan dan mengambil langkah pencegahan seperti memakai pelitup muka di kawasan sesak bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok