30 mercun dan bunga api yang perlu diketahui
Selain pemasangan pelita di kawasan rumah menjelang Aidilfitri, bermain mercun dan bunga api juga antara tradisi sepanjang Ramadan.
Ia bukan sekadar dimainkan golongan kanak-kanak, bahkan mereka yang terdiri dalam kalangan orang dewasa juga serta bermain.
Bermain mercun dan bunga api memang menyeronokkan, namun para pelajar terutamanya di sekolah rendah perlu berhati-hati kerana bahan api itu mempunyai risiko kecederaan yang sangat tinggi.
Kali ini, Sinar Bestari berkongsi jenis-jenis mercun dan bunga api yang mungkin ada antaranya belum dikenali oleh pelajar dan juga guru.
Kami yakin, kesemua koleksi ini bakal mengimbau memori terutamanya warga pendidik sewaktu kecil dahulu.
Jom lihat dan baca!
1) Mercun papan
Mercun ini agak popular satu masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.
2) Mercun bola
Bentuknya bulat seperti bola. Mercun ini sangat berbahaya kerana banyak kecederaan seperti putus jari, putus tangan dan lain-lain disebabkannya.
3) Mercun telur
Bentuk mercun ini seperti telur ayam. Ia antara yang disukai kanak-kanak kerana comel dan warna-warni.
4) Mercun mancis
Mercun ini berbentuk seperti mancis kayu tetapi agak gemuk sedikit. Ia boleh digunakan untuk bom ikan di sungai.
5) Mercun ketupat
Bentuknya seperti ketupat tetapi ia tidak boleh dimakan. Ingat tu!
6) Mercun lebah
Mercun ini diberi gelaran sedemikian kerana ia suka mengejar individu apabila dimainkan. Jadi, berhati-hatilah.
7) Mercun katak
Yang ini akan meletup sambil melompat-lompat.
8) Mercun naga
Menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyi tidak kuat, tetapi percikan apinya sangat berbahaya.
9) Mercun roket
Mercun roket adalah mercun yang sangat menarik untuk dimainkkan kerana ia mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan.
10) Thunderclap
Antara yang paling legend dalam kesemua mercun yang disenaraikan ini.
11) Mercun pop-pop atau mercun bawang
Mercun yang paling selamat dimainkan dan sesuai untuk kanak-kanak dan para gadis.
12) Mercun das
Mengeluarkan banyak warna.
13) Mercun tarik
Tarik tali kiri dan kanan kemudian meletop.
14) Mercun bunga warna
Bila dibakar ia akan mengeluarkan firework ke atas.
15) Mercun gasing
Bila sudah berpusing ligat memang cukup cantik. Warnanya boleh berubah-ubah.
16) King bom/merdeka
17) Mercun ayam
18) Kentang/pinang
19) Bunga api Glow of Sunset
20) Bunga api asas sate
21) Bunga api asap pendek
22) Bunga api besi
23) Roket
24) Roket kelapa
25) Mercun botol
26) Periuk api
27) Mercun firework KLCC
28) Meriam buloh
29) Mercun plug motor
30) Bunga api Colour Run Sparkle (18 inci besi) dan yang seangkatan