1653405
1653405

300,000 buku Mari Kenali Sawit manfaatkan murid sekolah kerajaan dan swasta terpilih

Adlan Farhan Azwan
07 Apr 2022 04:43pm
A
A
A

KLANG - 300,000 naskhah buku Mari Kenali Sawit bakal memanfaatkan murid sekolah rendah dan menengah kerajaan serta swasta terpilih seluruh negara dalam usaha kerajaan memberi pendedahan tentang kelapa sawit.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, penerbitan buku tersebut adalah mengenai fakta kelapa sawit yang betul, kepentingan serta sumbangan industri komoditi itu kepada pembangunan sosioekonomi dan pendapatan negara.

Baca juga

Buku “Mari Kenali Sawit” inisiatif KPPK didik pelajar manfaat dan kebaikan minyak sawit

Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia bantu pelajar luar bandar atasi masalah kemasukan universiti

Menurutnya, pengedaran buku itu dibuat secara berperingkat dan diberi secara percuma ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

“Program Jelajah Mari Kenali Sawit akan mempunyai beberapa komponen dan pengisian antaranya penganjuran ceramah, bengkel dan taklimat mengenai maklumat tepat berkaitan khasiat serta kebaikan kelapa sawit Malaysia.

“Selain itu, program pertandingan pidato untuk pelajar-pelajar sekolah akan turut diadakan untuk melahirkan duta-duta kecil bagi mempromosikan minyak sawit keluaran Malaysia,” jelasnya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pelancaran Perdana Jelajah Mari Kenali Sawit yang diadakan di Klang, baru-baru ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, Zuraida juga menjelaskan bahawa fasa pertama bagi program ini melibatkan 100 buah sekolah menengah kebangsaan dan swasta terpilih di Semenanjung manakala fasa seterusnya pula akan melibatkan sekolah-sekolah di Sabah dan Sarawak.

“Sumbangan kewangan berjumlah RM500,000 telah disampaikan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi kepada wakil Kementerian Pendidikan (KPM) yang ditaja oleh syarikat-syarikat perladangan dan industri sawit di Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok