Azman (tiga dari kanan) ketika mengumumkan keputusan SPM di Putrajaya pada Khamis. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID/SINAR HARIAN
Azman (tiga dari kanan) ketika mengumumkan keputusan SPM di Putrajaya pada Khamis. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID/SINAR HARIAN

355,933 calon layak terima sijil penuh SPM 2024

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
24 Apr 2025 01:03pm

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan memaklumkan seramai 355,933 atau 94.0 peratus calon layak mendapat sijil penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.

Beliau berkata, jumlah tersebut meningkat 6,636 calon (0.5 peratus) berbanding SPM 2023 iaitu seramai 349,297 (93.5 peratus).

"Peningkatan ini (SPM 2024) adalah pencapaian yang terbaik sejak syarat pensijilan diperkenalkan pada 2013 di mana calon wajib lulus dua mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu dan Sejarah sekali gus layak mendapat sijil penuh SPM,” katanya.

Perkongsian Azman mengenai SPM dikongsinya dalam Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 di Putrajaya pada Khamis.

Mengulas lanjut, Azman berkata, seramai 1,377 Calon Berkeperluan Pendidikan Khas (CBPK) atau 78.7 peratus layak mendapat sijil SPM 2024 berbanding 1.362 calon (78.9 peratus) pada SPM 2023.

Ujarnya, CBPK yang layak mendapat sijil terdiri daripada kepelbagaian kategori iaitu Kurang Upaya (KU) Fizikal, KU Pelbagai, KU Pendengaran dan KU Penglihatan (Buta).

Turut termasuk KU Penglibatan (Rabun), KU Pertuturan dan Masalah Pembelajaran.

SPM 2024 menyaksikan seramai 402,918 calon telah berdaftar peperiksaan itu berbanding 395,924 dalam SPM 2023.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp