
Azman dalam sidang akhbar Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 pada Khamis. Foto: MOHD HALIM ABDUL WAHID/SINAR HARIAN
6,246 calon tidak hadir SPM 2024
Seramai 6,246 calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau 1.8 peratus tidak menghadiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024.
Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, jumlah tersebut menurun seramai 2,430 calon (0.7 peratus) berbanding 8,676 (2.5 peratus) pada 2023.
"Penurunan ini jelas menunjukkan berlakunya keberkesanan pelbagai inisiatif dan program intervensi yang telah dilaksanakan oleh KPM sepanjang 2024 dan juga sepanjang calon berada di Tingkatan 4 dan 5," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 di Putrajaya pada Khamis.