45 pelajar KV Keningau sertai program Pertukaran Pendidikan secara dalam talian
45 pelajar KV Keningau sertai program Pertukaran Pendidikan secara dalam talian

45 pelajar KV Keningau sertai program Pertukaran Pendidikan secara dalam talian

Roshlawaty Md Raieh
22 Sep 2022 03:05pm
A
A
A

Seramai 45 pelajar Kolej Vokasional (KV) Keningau, Sabah, yang berusia antara 17 hingga 19 tahun telah menyertai program Pertukaran Pendidikan bersama pelajar dari negara Asia Tenggara anjuran Southeast Asian Ministers of Education Organization (SEAMEO) Technical Education (TED).

Program Pertukaran Pendidikan yang diadakan secara dalam talian ini telah bermula awal September lalu dan dijangka berakhir hujung November depan.

Menurut Pengarah KV Keningau, Johari @ Jaibet Sabin, program anjuran SEAMEO TED tersebut disertai barisan pelajar daripada program Hospitaliti iaitu kosmetologi; bakeri dan pastri; seni kulinari serta para pelajar dari program pendidikan awal kanak-kanak.

Antara pelajar yang mengikuti Pertukaran Pendidikan, baru-baru ini.

Tambah Johari, 45 pelajar yang terpilih itu telah dibahagikan kepada sembilan pasukan dan setiap pasukan akan menghadiri kelas untuk subjek tertentu yang dikendalikan guru dari negara yang terlibat.

“Pelajar KV Keningau akan mengikuti beberapa kelas bagi subjek Pelancongan, Pemprosesan Makanan, Penanaman, Pendidikan Jasmani, Kejuruteraan Elektronik, Sejarah Asia, Bahasa Inggeris dan Perakaunan.

Berikut topik pembelajaran yang diikuti peserta program.

“Kelas ini dikendalikan melalui aplikasi Google Meet dan masa yang diperuntukkan satu jam seminggu.

“Dengan penyertaan para pelajar dari kolej ini, saya berharap mereka dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dan seterusnya dapat memahami adat dan budaya dari negara yang terlibat,” ujarnya.

Pertukaran Pendidikan dijalankan secara dalam talian.

Sementara itu kumpulan pelajar dari negara Asia Tenggara yang terlibat dalam program ini terdiri dari sekolah Palapas National High School (Filipina); Saint Francois General Knowledge and Technical High School (Kemboja) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Global Teknologi (Indonesia).

Para pelajar khusyuk mengikuti kelas dalam talian menerusi program Pertukaran Pendidikan.

Artikel berkaitan 

4 guru KV Keningau lakar kejayaan di Amerika Syarikat

Cikgu Sydney sebagai wakil tunggal Malaysia ke persidangan antarabangsa GSC. Rezeki guru KV Keningau

Anugerah Pengarah bukti kesungguhan Mohd Hamzah untuk menjadi arkitek berjaya


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok