Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

5 pelajar MRSM akan diberhentikan – Asyraf Wajdi

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
25 May 2023 05:30pm

Tiada kompromi dalam isu buli! Demikian tegas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berhubung isu buli yang melibatkan lima pelajar Tingkatan Lima, Maktab Rendah Sains MARA (MRSM), Balik Pulau, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Menurut Asyraf Wajdi, pihaknya akan memberhentikan kesemua pelajar terbabit dan ini membuktikan MARA tidak berkompromi dalam isu-isu buli terutamanya melibatkan institusi di bawah agensi terbabit.

“Saya sudah menerima laporan dari Bahagian Pendidikan MARA berkenaan kes buli yang terjadi di MRSM Balik Pulau yang melibatkan lima pelajar Tingkatan Lima.

“Semua yang terlibat dicadangkan untuk diberhentikan daripada MRSM,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau turut menegaskan, MARA tidak pernah menyembunyikan kejadian tersebut dan tidak ada sebarang usaha menutup kes berkenaan seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebelum ini media melaporkan, polis Pulau Pinang mengesahkan lima pelajar terbabit telah ditahan bagi membantu siasatan kes buli yang terjadi di sekolah berkenaan.

Kejadian yang berlaku pada pukul 11 malam itu melibatkan seorang mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga dan dilaporkan berlaku di tandas lelaki salah satu blok bangunan sekolah berkenaan.

Turut difahamkan, mangsa telah dipukul kelima-lima pelajar terbabit hanya disebabkan lambat turun untuk solat Subuh.

Artikel Berkaitan:

Memetik portal tempatan, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal mengesahkan menerima laporan dan tangkapan telah dibuat.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp