Yanase (enam dari kanan) bersama pemenang utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025 dimenangi SMK Seri Manjung, Perak pada Rabu
Yanase (enam dari kanan) bersama pemenang utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025 dimenangi SMK Seri Manjung, Perak pada Rabu

50,000 murid sertai Yakult Generasi Madani 2025

Inisiatif bersama KPM pupuk kesedaran pemakanan sihat, semangat kerjasama dan kreativiti pelajar

MUKHRIZ MAT HUSINMUKHRIZ MAT HUSIN
10 Nov 2025 11:02am

Pengeluar minuman probiotik terkemuka dunia, Yakult Malaysia Sdn Bhd (Yakult) mencatatkan penyertaan lebih 50,000 murid dan guru menerusi Program Yakult Generasi Madani 2025 - Yakult Dance Rope & Misi Sihat Yakult.

Pengarah Urusannya, Hiroki Yanase berkata, inisiatif itu bertujuan mendidik murid tentang kepentingan pemakanan sihat dan penjagaan kesihatan usus, di samping menggalakkan kecergasan fizikal, kreativiti, semangat kerjasama serta pembentukan sahsiah positif.

Ujar beliau, penganjuran program menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan (KPM) itu juga berjaya menjangkau 50 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pada tahun ini.

"Ia memberi inspirasi kepada kami apabila melihat semangat dan keterlibatan mereka dalam mempelajari aspek kesihatan sambil berseronok," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Anugerah Program Yakult Generasi Madani 2025 di Dewan Serbaguna, KPM pada Rabu.

Hadir sama Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad yang turut menyempurnakan majlis itu.

Yanase bersama para pemenang Anugerah Program Yakult Generasi Madani 2025 di Dewan Serbaguna, KPM pada Rabu.
Yanase bersama para pemenang Anugerah Program Yakult Generasi Madani 2025 di Dewan Serbaguna, KPM pada Rabu.

Menurut Yanase, program tersebut menggabungkan pendidikan kesihatan dengan persembahan kreatif melalui aktiviti 'Yakult Dance Rope'. 

Artikel Berkaitan:

"Kami komited meneruskan kerjasama dengan KPM bagi memperluaskan lagi pelaksanaan program pada tahun hadapan, dengan melibatkan lebih banyak sekolah, murid dan guru seluruh negara," ujarnya.

Majlis penutupan itu turut meraikan pencapaian sekolah cemerlang atas kreativiti sepanjang program termasuk pemenang utama Anugerah Sekolah Terbaik 2025 milik Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi, Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Manjung, Perak.

Ia diikuti SK Damak Pahang dan SMK Beserah, Pahang sebagai Naib Johan, serta SK St Francis Xavier, Sabah dan SMK Mulong, Kelantan di tempat ketiga.

Beberapa anugerah kategori khas disampaikan iaitu SK Taurid Taud dan SMK Keningau, kedua-duanya dari Sabah, menerima Anugerah Amalan Pemakanan Sihat Terbaik.

SK Damak dan SMK Keningau pula memenangi Anugerah Kerjasama Kantin Terbaik, manakala SK Slim River dan SMK Beserah menerima Anugerah Kuiz Dalam Talian Terbaik.

 

 

Ringkasan AI

  • Inisiatif bersama Yakult Malaysia Sdn Bhd dan KPM meningkatkan kesedaran pemakanan sihat di kalangan pelajar
  • Lebih 50,000 murid dan guru terlibat dalam Program Yakult Generasi Madani 2025
  • Program mencapai 50 buah sekolah di seluruh negara, merangsang kecergasan fizikal dan kreativiti
  • Aktiviti 'Yakult Dance Rope' gabung pendidikan kesihatan dengan elemen kreatif
  • Majlis penutupan anugerah sekolah cemerlang dengan beberapa kategori khas termasuk amalan pemakanan sihat
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp