7,720 calon SPM Ulangan duduki peperiksaan mulai 12 September

Adlan Farhan Azwan
05 Sep 2022 01:54pm
A
A
A

Seramai 7,720 calon Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan menduduki peperiksaan bermula 12 sehingga 14 September ini.

Lembaga Peperiksaan (LP) dalam kenyataan hari ini memaklumkan SPMU 2022 akan dilaksanakan di 209 pusat peperiksaan seluruh negara.

Seramai 1,317 petugas peperiksaan telah dilantik untuk Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan 1,441 bagi Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Bertulis bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan itu

Dalam pada itu, LP turut mengingatkan semua calon untuk merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan, serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.

Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan.

Jadual waktu peperiksaan SPMU tahun 2022 dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang rasmi LP di http://lp.moe.gov.my.

Calon juga hendaklah mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan oleh LP bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan SPMU tahun 2022.

Artikel berkaitan

Pelajar cemerlang SPM ini realisasi hajat arwah ibu untuk jadi doktor

Pelajar cemerlang SPM 2021 terkedu ibu kerja semula untuk biaya pengajian tinggi

5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok