Pupuk amalan baca akhbar bagi meningkatkan pnguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah.
Pupuk amalan baca akhbar bagi meningkatkan pnguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar sekolah.

Akhbar medium terbaik perkukuh bahasa Melayu - KPM

AZLEENDA SAHALUDIN
14 Mar 2024 09:39am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil inisiatif memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebagai usaha menjayakan inisiatif ini, sekolah-sekolah di bawah KPM di Semenanjung diseru untuk melanggan akhbar Sinar Harian, Berita Harian, dan Utusan Malaysia.

“Sekolah-sekolah KPM diseru melanggan akhbar-akhbar tersebut yang merupakan akhbar utama berbahasa Melayu di negara ini.

“Pembelian akhbar boleh dilakukan terus oleh pihak sekolah dengan menggunakan peruntukan sedia ada,” katanya.

KPM juga percaya inisiatif ini dapat membantu meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan dalam kalangan murid.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok