Gambar hiasan.
Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Akta khas pelajar latihan industri akan diteliti– Menteri Sumber Manusia

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
02 Jun 2023 05:22pm

Sejak kebelakangan ini, isu pelajar institut pendidikan tinggi (IPT) tidak diberi elaun sepanjang menjalani latihan industri di syarikat-syarikat berkaitan menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat.

Perkara ini menimbulkan rasa tidak puas hati kerana walaupun pelajar-pelajar ini menjalani latihan industri tetapi mereka tetap diberikan kerja yang sama banyak dengan kakitangan sedia ada untuk disiapkan.

Walaupun kehadiran mereka adalah untuk mengenali dan membiasakan diri dengan suasana sebenar alam pekerjaan, ramai yang berpendapat pelajar-pelajar ini tidak seharusnya di anak tirikan.

Oleh itu, ramai pihak mula menyuarakan isu ini agar mendapat perhatian pihak bertanggungjawab bagi mengelakkan pelajar latihan industri menjadi buruh paksa yang tidak dibayar upah sewajarnya.

Isu ini turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Kementerian Sumber Manusia.

Terbaharu, kenyataan yang dikeluarkan Menteri Sumber Manusia, V.Sivakumar memberitahu pihaknya sedia meneliti cadangan untuk mewujudkan akta khas yang melibatkan elaun pelajar ini bagi mengelakkan eksploitasi tenaga kerja dan melindungi hak mereka.

“Saya ingin jelaskan akta sedia ada iaitu Akta Kerja 1955 sudah mencukupi tetapi kami bersedia untuk meneliti saranan-saranan pihak tertentu dalam hal ini.

“Saya tahu ramai mahu kementerian melihat semula akta tersebut bagi memastikan hak pelajar yang menjalani latihan industri terbela,” katanya seperti dipetik Bernama selepas perasmian National Human Capital Conference and Exhibition (NHCCE) 2023 pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp