Kejayaan Muhamad Alif dalam kerjayanya telah membuatkan ramai pelajar kagum.
Kejayaan Muhamad Alif dalam kerjayanya telah membuatkan ramai pelajar kagum.

Alumni IKM Johor Bahru kini keliling dunia dengan kepakaran dimiliki!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
11 Jun 2024 02:40pm
A
A
A

Jangan memandang rendah kepada lulusan Institut Kemahiran Mara (IKM) kerana terkadang merekalah yang direzekikan oleh ALLAH untuk bekerja di serata dunia.

Graduan IKM Johor Bahru, Johor dikenali Muhamad Alif Hamdi cukup bertuah kerana berpeluang berkhidmat di seluruh dunia menerusi kemahiran dimiliki.

Terbaharu, beliau menjawat jawatan sebagai Jurutera Pemeriksa Dalam Air di sebuah syarikat antarabangsa berpengkalan di Mesir namun ditempatkan di Doha, Qatar, menurut Facebook Institut Kemahiran MARA Johor Bahru siaran 20 Oktober 2022.

Graduan Sijil Kimpalan dan Fabrikasi Logam yang pernah dinobatkan penerima Anugerah Ikon Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) @ Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Bidang Kemahiran 2022 berkata, mengikuti pengajian di IKM Johor Bahru adalah antara keputusan terbaik yang dibuat olehnya.

No Image Caption

Ujar pemuda ini, sekiranya tidak melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan berkenaan, mana mungkin dia mampu berjaya seperti sekarang.

Muhamad Alif berkata, pelajar yang mendapat keputusan peperiksaan SPM kurang memberangsangkan, tidak harus menjadikannya sebagai halangan untuk berjaya.

Jelas beliau, tidak salah bermula dari bawah. Jika tidak layak ke IKM, pelajar boleh ke GiatMara terlebih dahulu, yang penting lihat pada hasil dan pengakhirannya.

“Saya sendiri tidak pernah menyangka walaupun keputusan peperiksaan SPM dianggap teruk, saya mampu sampai ke tahap ini.

No Image Caption

“Jika kita fokus untuk capai impian, tidak ada apa yang mustahil.

“Saya habiskan masa selama sembilan tahun sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah dan bekerja dalam bidang yang diimpikan. Jika saya boleh, anda pasti boleh.

“Mimpilah sebesarnya dan dengan mimpi itulah kamu kejarkan ia menjadi nyata,” ujarnya.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok