Kejayaan cemerlang Nur Aqiella Wafiyah Mohd Fadzil itu bukan sahaja menjadi kebanggaan SAMBEST, tetapi juga bukti nyata bahawa usaha, disiplin dan doa mampu mengangkat seseorang ke puncak tertinggi, walaupun di arena global.

Alumni SAMBEST rangkul tempat pertama dunia dalam Financial Reporting ACCA!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Jan 2026 06:00pm

Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Selangor sekali lagi membanggakan negara apabila alumni Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, berjaya mendapat tempat pertama dunia dalam subjek Financial Reporting ACCA bagi peperiksaan Jun 2025.

Kejayaan cemerlang Nur Aqiella Wafiyah Mohd Fadzil itu bukan sahaja menjadi kebanggaan SAMBEST, tetapi juga bukti nyata bahawa usaha, disiplin dan doa mampu mengangkat seseorang ke puncak tertinggi, walaupun di arena global.

Menurut perkongsian di Facebook rasmi SAM Bestari, pencapaian Nur Aqiella ini diharapkan menjadi inspirasi buat para pelajar lain.

"Semoga beliau berjaya menamatkan pengajian ACCA dengan cemerlang dan meraih kejayaan di dunia serta akhirat," maklum mereka.

Selain Nur Aqiella, beberapa pelajar lain turut mencatat pencapaian cemerlang dalam subjek masing-masing.

Antaranya, pelajar Sunway TES, Siti Sarah Ahmad Lutpi yang merangkul tempat pertama dunia dalam peperiksaan ACA 2024 bagi Professional Level Modules The Institute of Chartered Accountants in England and Wales (ICAEW).

Siti Sarah turut meraih First Place dan Plender Prize 2024 dalam Annual International Subject Order of Merit menerusi Modul Profesional dengan pencapaian purata sebanyak 97 peratus.

Selain itu, Areefa Munira Amran, yang juga pelajar dari kolej sama, turut dinobatkan sebagai pelajar nombor satu di Malaysia bagi kertas Financial Accounting (FFA) dalam peperiksaan The Association of Chartered Certified.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Selangor mempunyai alumni yang mendapat tempat pertama dunia dalam subjek Financial Reporting ACCA peperiksaan Jun 2025
  • Nur Aqiella Wafiyah Mohd Fadzil menjadi kebanggaan SAMBEST dengan pencapaiannya itu
  • Pencapaian Nur Aqiella diharapkan menjadi inspirasi buat para pelajar lain
  • Nur Aqiella diharapkan menamatkan pengajian ACCA dengan cemerlang
  • Pelajar lain juga mencatat pencapaian cemerlang dalam subjek masing-masing, misalnya Siti Sarah Ahmad Lutpi dan Areefa Munira Amran yang turut meraih penghargaan dunia dan nasional dalam bidang kewangan dan perakaunan
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp