Fadhline (dua dari kanan) mengambil keputusan SPM 2024 anak keduanya di SMAP Kajang.
Fadhline (dua dari kanan) mengambil keputusan SPM 2024 anak keduanya di SMAP Kajang.

Anak kedua Fadhlina Sidek peroleh 8A SPM 2024

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
24 Apr 2025 05:43pm

“Untuk Sarah, terima kasih atas keputusan cemerlang ini. Mama Baba pulangkan kepada Sarah untuk pilihan langkah selanjutnya.”

Demikian luahan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menerusi Facebook pada hari ini berkaitan keputusan cemerlang yang diperoleh anak keduanya, Sarah.

“Apa pun keputusan anak-anak kita pada hari ini, ucapkan tahniah dan bersyukur.

“Reda atas keputusan mereka kerana ia adalah usaha anak-anak kita mengikut daya dan kemampuan mereka.

“Teruskan memberi pedoman dan bimbingan agar mereka terus menyambung pendidikan mereka ke peringkat yang tertinggi,” katanya.

Fadhlina dengan suami bergambar bersama anak keduanya yang memperoleh keputusan SPM 2024 cemerlang.
Fadhlina dengan suami bergambar bersama anak keduanya yang memperoleh keputusan SPM 2024 cemerlang.

Fadhlina sempat meluangkan masa lebih satu jam di Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang untuk menemani anaknya yang turut mengambil keputusan

Terdahulu, beliau turut berkongsi mengenai keputusan SPM 2024 Sarah kepada pemberita semasa membuat tinjauan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (Methodist) Convent Kajang.

Artikel Berkaitan:

"Saya pun gembira, anak saya dapat keputusan hari ini, Alhamdulillah... 8A," katanya.

Tahun lalu, anak sulungnya yang belajar di Sekolah Menengah Agama (SMA) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut memperoleh keputusan cemerlang iaitu sebanyak 9A 2B dalam SPM 2023.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp