Empat murid dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang hilang. Dari kiri, Muhammad Abdul Razak, Ahlami Idraqy, Muhammad Ammar Danish dan Muhammad Ammar Darwish.
Empat murid dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang hilang. Dari kiri, Muhammad Abdul Razak, Ahlami Idraqy, Muhammad Ammar Danish dan Muhammad Ammar Darwish.

'Anak lelaki hilang, bantu saya cari dia' - Luahan bapa undang sebak!

10 Oct 2024 05:44pm
A
A
A

Seorang bapa, Rasidi Othman merayu orang ramai untuk membantu mengesan anak lelakinya, Muhammad Abdul Razak, 12, yang dipercayai hilang dari Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur.

Beliau (Rasidi) yang memuat naik hantaran di Facebook dan kemudian menjadi tular, amat berharap komuniti dapat membantu dia dan keluarga mencari anak lelaki tercinta.

"Hubungi saya segera di nombor 018-6669863 sekiranya mendapat maklumat tentang Muhammad Abdul Razak.

"Di lampirkan juga laporan polis dan gambar anak saya,” tulis Rasidi.

Dalam laporan polis yang dikongsi Rasidi, terdapat tiga lagi murid Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah turut hilang selain Muhammad Abdul Razak.

Mereka ialah Muhammad Ammar Darwish Mohd Farid, 10; Muhammad Ammar Danish Mohd Farid, 12 dan Ahlami Idraqy Mohd Hisyam, 12.

Sementara itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat murid Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, pihaknya menerima laporan tersebut pada Selasa.

"Mereka dipercayai keluar daripada pusat tahfiz berkenaan dan tidak pulang.

"Kertas Enkuiri Polis (KEP) dibuka di bawah kes orang hilang dan siasatan masih dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok