Calon-calon SPM tidak melepaskan peluang bergambar dengan Mohamad (dua dari kanan).
Calon-calon SPM tidak melepaskan peluang bergambar dengan Mohamad (dua dari kanan).

'Anggaplah hantar anak ke sekolah sebagai pelaburan'

SYAMILAH ZULKIFLI
26 Jan 2024 07:00pm
A
A
A

Menghantar anak-anak ke sekolah perlu dianggap sebagai satu pelaburan yang akan memberi pulangan pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ibu bapa perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada guru-guru dan pihak sekolah untuk memastikan 'pelaburan' itu membawa hasil yang diharapkan, selain bersedia memberi kerjasama.

"Jangan ingat hantar anak ke sekolah ini sebagai perbelanjaan tapi ia sebenarnya pelaburan. Kita labur sejak anak itu dilahirkan sehinggalah dia berusia 20 tahun.

"Sahamnya akan matang selepas 20 tahun. Tengoklah berapa peratus pulangan saham yang akan dapat," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kit Peperiksaan untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Sendayan di dewan Sekolah Kebangsaan Bandar Sri Sendayan di sini, Jumaat.

Mohamad (dua dari kiri) menyerahkan kit peperiksaan kepada calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Sendayan
Mohamad (dua dari kiri) menyerahkan kit peperiksaan kepada calon SPM Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sri Sendayan

Sementara itu, Mohamad turut menyifatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru sebagai jambatan antara sekolah dan masyarakat.

Ujar beliau, kedua-duanya perlu mempunyai hubungan yang baik dan kukuh demi memastikan kecemerlangan para pelajar dalam pelajaran.

"Peranan masyarakat dalam sekolah ini penting, tapi jangan ambil tugas guru pula. Jangan pula kita masuk campur atas perkara tidak sepatutnya," kata beliau.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mohamad berkata, seramai 2,500 calon SPM dari 19 buah sekolah di kawasan Parlimen Rembau telah menerima kit peperiksaan.

Kata Mohamad lagi, pemberian kit peperiksaan itu sebagai tanda ingatan beliau kepada calon-calon SPM dengan doa supaya mereka mampu menjawab peperiksaan dengan baik.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok