Bella (tengah) bersama kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong dalam segenap perkara dilakukan.
Bella (tengah) bersama kedua ibu bapa yang sentiasa menyokong dalam segenap perkara dilakukan.

Anak Sheikh Muszaphar dapat TKC!

ROSHLAWATY MD RAIEH
01 Mar 2024 02:18pm
A
A
A

“Alhamdulillah, Bella dapat tawaran ke TKC,” kongsi angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha menerusi laman Instagram, pada Jumaat.

Tulisnya lagi, beliau sekeluarga sangat bersyukur dengan berita baik itu.

“Alhamdulillah

SBP result keluar today

Bella dapat tawaran ke TKC

Syukur sangat

It’s one of her choices

Picked up Bella today at Genius Permata Pintar

Artikel Berkaitan:

After two weeks of PPCS Camp

Rindu sangat

So proud of her

Told Bella of TKC news

She broke into tears

Teresak esak

Terus sujud syukur

Feeling blessed

All the hardwork paid off

Salam Jumaat everyone

Just sharing

Love as always.”

Menjenguk ke ruangan komen, majoriti warganet turut gembira dengan perkongsian Sheikh Muszaphar itu.

“Tahniah Sophea Isabella atau Bella. Belajar baik-baik ya.”

“Pelajar genius macam Bella pasti dapat Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Tahniah.”

“Wow, dapat TKC (Kolej Tunku Kurshiah). Bukan senang nak dapat. Hanya pelajar yang bijak-bijak sahaja boleh belajar kat sini.”

“Congratulations Bella.”

“Saya baca posting ni dalam kereta sambil bertakung air mata. Kami yang tak hidup bersama Bella pun tumpang rasa bahagia, syukur dan terharu. Good luck Bella untuk langkah-langkah seterusnya. Moga lebih banyak berkat melimpah-limpah buat Bella dan keluarga.”

“Welcome to TKC. You may have a wonderful memories there, insya-ALLAH like I did.”

“Congrats Bella, Dr and the whole family, we can see Bella is shining and May ALLAH protect her.”

“She deserves it, tahniah Bella. Semoga terus cemerlang dunia akhirat.”

“Alhamdulillah syukur. Berkat usaha Bella dan keluarganya. Dengan izin ALLAH dapat tawaran to join one of the best schools in the country. Congrats.”

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok